Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 27 Mac 2012

Salah orang nampak, salah sendiri?

Assalamualaikum...(^ ^)


Ramai orang camni kan? Salah orang dia asyik nampak je tapi salah dia sendiri tak pernah disedari, atau pun saja buat² tak sedar. Cemuihhh dengan orang camni!

Tak kisah kalau dia nak tegur kesalahan kita, kalau betul caranya pasti kita boleh terima dengan hati terbuka kan? Tapi bila dia buat salah, melenting bila orang tegur. Asyik cakap "Mana ada aku buat salah, mana ada." Padahal salah dia tu dah terang² depan mata tapi tetap buat tak sedar.

Mas tak cakap yang diri ni sempurna sangat, akui memang ada jugak bersikap begini tapi akan cuba elakkan untuk cari salah silap orang sahaja. Perbaiki diri, muhasabah diri sebab kita ni manusia biasa yang memang tak akan lepas dari melakukan kesilapan.

Tapi yang Mas kesalkan orang yang tak nak sedar langsung, nak betul je sepanjang masa. Tak pernah nak akui salah silap dia, salah orang sebesar zarah pun dia nampak.

Cuba sekali kau lihat kesalahan diri, pasti kau akan rasa apa yang orang lain rasa.

11 ulasan:

  1. normal lah tu .. time someone tak ngnku kslahan dye la mmbuatkan kite lbih saket hati .. huhu

    BalasPadam
  2. Orang jenis camni memang kerjanya mencari salah orang je kan.takde muhasabah diri untuk cari kesalahan sendiri dan perbetulkan.Setiap orang ade buat salah kan.kalau ade salah tu kene tegur dengan cara berhemah.lebih baik begitu kan..

    BalasPadam
  3. hhuurrrmmmmm pernah ada pglmn dgn org camni..salah kita kemain dicanang2 sedangkan dia dulu yg cari pasal dengan kita, kata kita macam2..sdgkan kita tak pernah ckp apa pun psl dia..salah org je nmpk,diri sendiri yg tak betul tak pulak dia tilik..

    BalasPadam
  4. 1 jari tunjuk pada orang lain..4 jari tunjuk pada kita balik ;)
    mungkin dia lupa tu kot kak mas hehehe..

    BalasPadam
  5. yg sedihnya bila org lain tegur susah nk terima pula.

    BalasPadam
  6. betul la tu mas..geram sangat kalau orang yang cam gini, sesekali kena nengok salah sendiri..

    BalasPadam
  7. itu sifat manusia semulajadi kak.biasa lah tu

    BalasPadam
  8. orang cenggini, masa besday dia...akak kasi cermin muka...huhu

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...itulah sifat manusia yg x elok semua kesalahan org dia nampak tapi kesalahan sendiri x nampak hanya nak menyalahkan org lain je...:)

    BalasPadam
  10. manusia kadang2 macam tu la. salah orang je nak nampak. salah sendiri pandai pula nak sorokkan...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com