mrs secretary

Selasa, 20 Mac 2012

Semua kena main peranan

Assalamualaikum...(^ ^)


Lagi kes anak hilang, kali ini remaja berusia 15 tahun. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi lagi? Sedangkan kita baru sahaja dikejutkan dengan berita bunuh dan bakar kanak² berusia 5 tahun tu, belum selesai lagi kes tersebut.

Satu perkara sahaja, semua kena main peranan. Jangan bila perkara dah terjadi kita nak menuding jari pada sesetengah pihak dan salah menyalahi. Tak guna dah semua tu, sepatutnya sebelum ia terjadi kita dah tahu peranan kita untuk menanganinya.

Pertama, peranan ibu bapa. Ini yang paling penting dan utama. Ingat wahai ibu bapa, sekecil dan sebesar mana pun anak kita mereka sentiasa di ambang bahaya bila berada di luar rumah sendirian. Jadi jangan biarkan mereka ke mana² seorang diri, biarlah kita sentiasa menjadi peneman walaupun mereka hanya ingin ke kedai di hadapan rumah. Sekurang²nya kita nampak mereka di depan mata.

Kedua, peranan masyarakat. Bersikaplah jaga tepi kain orang sikit dalam hal sebegini, jangan hanya tahu nak jaga tepi kain dalam hal² gossip je. Kalau nampak sesuatu perkara yang mencurigakan di depan mata cuba ambik tahu, dan bertindak cepat jika perkara itu nampak membahayakan nyawa seseorang. Janganlah hanya pandang sebelah mata sahaja! 

Ketiga, peranan pihak berkuasa. Perlu adakan pemantauan dan rondaan di kawasan yang dikesan banyak jenayah berlaku, terutamanya kawasan atau jalan² yang ramai anak atau remaja sekolah lalu lalang. Lagi bagus kalau ada pengawasan CCTV di kawasan tersebut kerana jika berlaku jenayah ia lebih mudah untuk dikesan.

Semua ada peranan, semua ada tanggungjawab. Jadi sama² kita lakukannya!

8 ulasan:

  1. insyaallah harap2 x ada apa2

    BalasPadam
  2. teringat zaman2 skolah dulu. mesti isu ini akan masuk dalam pilihan exam karangan BM. 4 sure!

    tapi apapun, kes seperti ini semakin beleluasa. sngat merisaukan. 4 me our country shud adakan kampen awareness bout this matter :)

    BalasPadam
  3. nmpknye bkn dak kecik je ilang, besar pun blh kena culik.. btl tu kak, semua kena amik peranan.. bahaya klu berterusan mcm ni.. parents pun jd tkt.. even sy sendiri pun tkt..

    BalasPadam
  4. Risau kan dunia zaman sekarang

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas....akak sokong 100% apa yg mas katakn itu kita semua ni haruslah ada rasa tanggungjawab sesama kita barulah dpt menangani semua masalah yg berlaku jgn dok pandang remeh sesuatu perkara tu...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com