blog wajib baca

  • HiDY Collection ! - Hi Dah lama dah pun tahu jenama baju Hidy and jenama Cipela shoes. Masalahnya diorang jual online, lepas tu tahu lah benda hot asyik cepat habis. Menyamp...

entri terbaru dan terkini

Ahad, 25 Mac 2012

sengaja cari glamour dan menunjuk?

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas ada terbaca sesuatu kat satu laman sosial... katanya orang yang ada blog sendiri ni sengaja nak cari glamour dan menunjuk... benar atau tidak kawan-kawan? cuba bagi pendapat dan pandangan dari perspektif sendiri!

bagi Mas terpulang pada cara kita berblog... kalau niat kita berblog memang nak menunjuk dan kejar glamour maka niat itu akan menjurus ke arah itulah... tapi jika kita niat nak menyampaikan ilmu yang berguna dan memberi manfaat kepada pembaca, istilah glamour dan menunjuk tak akan wujud...

kalau blog kita dah dikenali dan orang suka membaca apa yang kita tulis, tak mustahil kita akan glamour... glamour bukan kerana nak menunjuk... tapi ia adalah satu bonus kerana kita menulis sesuatu yang menarik! Mas tengok ramai blogger yang glamour kerana penulisan mereka...

jadi istilah cari glamour dan menunjuk tu bergantung pada niat... kalau betul niat tu maka betullah dan kalau tidak pasti ia akan jadi sebaliknya... tepuk dada tanya hati kita sendiri!

17 ulasan:

  1. kebanyakannya kak, ramai blogger perempuan yang famous sebab dorang model.

    kekadang tu, entry dia biasa biasa je.

    tapi ada entry yang bagus, berinfomasi..

    BalasPadam
  2. Klu psl isu menunjuk tuh, ramai giler kot yg menunjuk kat FB tu hah.....huhuhu.Ramai kawan2 yg kita knl kat Fb tu hah, jd menunjuk punyer thp tuh lg larrr tggi, huhu.berbeza ngan belog, ramai followers yg tak diknli secara dkt, yg tk knl lgsg lg ramai. Blog ni ym rasa more into share happy and all moments in our life. :-) tu je. Tp like u said la kn, apapun depends ngan niat.:-)

    BalasPadam
  3. Pastikan niat berblogging tu betul.Kalau nak glamour saje susah jugak tu.nanti org cakap budget famous tapi penulisan zero.Dan make sure perkongsian itu bermanfaat juga.^__^

    BalasPadam
  4. bg ena blog nie bukan untuk cari glamour dan menunjuk tapi blog nie adalah tempat luahan suka dan duka hidup seseorang dan ada juga yang menyampaikan ilmu dalam blog mereka :)

    BalasPadam
  5. mungkin bagi mereka yang x terlibat dalam dunie blog ni pikir cmtu tapi kite x..pendapat lain2 kan kak. asalkan bukan niat kite yang mcm tu :)

    BalasPadam
  6. susah nak puaskan hati orang lain.. ada je yg dengki... asalkan kita jadi diri sendiri cukup la.

    klu dah minat berblogging, teruskan sahaja

    BalasPadam
  7. hahahaha part info tu boleh diterima.
    tapi kalau asyik nak bagi cerita hot ala gosip. sya klik butang merah di sudut atas kanan sekali

    BalasPadam
  8. terpulang kepada si blogger ... cara dan niat penulisan nie macam2. Asalkan kita selesa dan tak menyakitkan hati orang lain, sudahlah!



    # CK dah pergi makan dekat Senandung Semalam tu ....memang sedap!

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas....yer la ada juga org yg x suka bila kita berblogging ni....

    kalau kita menulis dgn cara yg baik dan ada cerita yg best dah tentu la org suka dtg ke blog kita jadi itu bukanlah kita sengaja nak cari glamourkan....

    tapi x tahu la kalau ada yg suka cari glamour dgn cara yg begitu...

    BalasPadam
  10. ok, blogger ni manusia kan. pasti ada sikap dan sifat yang tidak sempurna. but let them be lah:) as long as they are nice to us, then, setimpallah kita perlakukan mereka:) berfikiran positif lebih baik kot:)

    BalasPadam
  11. yesss
    sokong kak masssss :D


    depend pd niat blogger itu kan

    BalasPadam
  12. kalau nak dengar org mengata memang tak larat. menaip ajelah ikut rasa. moga apa yg kita share beri manafaat juga utk org lain. hanya Allah yg tahu..

    BalasPadam
  13. Salam.

    Saya nak menunjuk. Saya tunjuk lukisan saya, sebab saya tak ada mediim lain nak tunjuk. Salah ek?

    Saya nak glamor. Sebab kalau blog saya popular, boleh dapat duit. Salah ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mas rasa tak salah sbb cP nak tunjukkan bakat kan? dari bakat tu cP boleh dapat pendapatan sampingan... glamour tu satu bonus!

      Padam
  14. tak semestinya.ada blogger suka menulis tntg kehidupan seharian dia je, apa yg dia tulis adalah apa yg dia sdg fikir ketika tu.takde kot istilah nak menunjuk-nunjuk..dekat fb iye,ramai suka menunjuk nak berlawan dgn org lain.terpulang pd org yg menilai..klu yg menilai tu ada rasa dengki mmg dia akan anggap si blogger tu menunjuk la sedangkan tidak..tapi tak dinafikan ada juga blogger famous suka menunjuk dan kita blh kesan melalui ayat yg dia gunakan, secara tak langsung kita blh bg assumption...eh tau la kaya tapi tak payahlah cakap begitu..apa pun terpulang pd niat masing2 la

    BalasPadam
  15. em selalu juga dengar macam tu.tp takde pulak bila kita keluar rumah ada orang serbu. haha.diorang ni tak faham apa itu blog, so cakap kencang boleh la.tp tahu tak berblogging boleh buat duit tambahan , cuba kak mas tanya dia....seronok blogging kalau dapat ramai kawan ! :)

    BalasPadam

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com