mrs secretary

Isnin, 26 Mac 2012

Status halal haram

Assalamualaikum...(^ ^)


"Kau jangan minum air coke tu, haram!"
"Jangan makan burger McD, daging dia haram!"

Boleh ke camni, senang² je kita nak tentukan yang satu produk tu haram dengan hanya mendengar orang ramai bercakap. Bukankah semua itu perlukan bukti yang betul² sah dan sahih. Ini melibatkan makanan yang akan menjadi darah daging kita, tak boleh sesuka hati kita nak cakap.

Mas pelik kenapa ada orang senang melabelkan satu produk tu haram, kadang² hanya dengan melihat gambar di internet. Padahal belum tentu gambar tu betul atau tidak. Ini tak, terus pukul canang dan cerita sana-sini yang produk tersebut haram.

Kenapa tak siasat dulu sebelum berkongsi atau bercerita, banyak saluran yang boleh kita hubungi untuk dapatkan bukti yang sah. Seeloknya hubungi JAKIM dulu, tanya pada pegawai di sana. Mereka lebih arif dan tahu produk mana yang halal dan haram, dan bila dah dapat bukti yang sahih baru kita sebarkan cerita tersebut.

Ingat, berhati² kalau nak sebarkan cerita mengenai status halal haram ni.

14 ulasan:

  1. selalu refer dan email pada jakim dulu utk lebih yakin hehehe..daripada kita frwardkan benda yg tak sahih..kang dh terjadi fitnah kan kak mas ;)

    BalasPadam
  2. kalau ragu2, baik toksah makan je.. kena pastikan betul2 status sesuatu produk tu.. :D

    BalasPadam
  3. apa2 pun saya akan confirm ke JAKIM..kalau ada halal saya on je, kalau ragu2 toksah makan.

    BalasPadam
  4. diorang duk excited nak share berita dgn kawan2 (jenis memang suka nak bergosip) sampai tak ambik peduli benda tu betul ke tidak...

    BalasPadam
  5. elok selidik dulu utk sahihkan. kalau haram..jakim yg bertanggungjawab.

    BalasPadam
  6. itulah manusia..cepat percaya bulat2..kena cari maklumat kat tempat yang betul...

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas....betul tu kena la selidik dulu halal ke haram ke jgn menuduh meluru jer kan..:)

    BalasPadam
  8. mcm kes dkt IKEA dulu.. sampai rugi beribu-ribu & terpaksa disamak, akhirnya bila dapat keputusan, tiada unsur yg diragui & ianya halal..

    BalasPadam
  9. mekdi tu dah ade bukti jakim kate halal kan...

    bab coke tu tak pasti la halal ke haram yg my tau kendungan dlm coke tu tak elok utk tubuh badan... bila y tak elok masuk tubuh bdn maka jadila haram ye dak sbb memudaratkan... just my to cents... tak suka pn coke tu. gas kuat sgt...-.-'

    sape2 y ragu2 tu tayah lah dok kata JANGAN pd org y makan/minum kalau die takde bukti mengatakan ianya haram ye dak...

    BalasPadam
  10. kalau sy ragu2 mmg tak makan, selagi jakim xde keluarkan statement,sy pun takut nak memandai2 kata haram..walaupun sy mmg tak minum coke dan xmkn mcD..kalau kita xnk buat, xpyh buat,tp jgn bising2..bnda halal haram ni bhya kalau xbtul..takut jd fitnah

    coke tu xmnum bkn ragu halal ke haram, tp sy mmg xmnum air gas..hihi

    BalasPadam
  11. itulah masalahnya kan,kdg2 mereka sebarkan tanpa usul periksa dulu.Tapi kalau was was,jangan makan.

    BalasPadam
  12. saya syorkan website jakim www.halaljakim.gov.my. Sekarang dh ada direktori, senang je click pengguna>direktori>carian.. leh check cm google, check dulu sebelum pegi makan mane2.. tula, ade yg smpai fitnah orng sbb cakap haram tanpa selidik.. contoh chicken rice shop, burger king, coffee bean, starbucks memang ade jakim.. tp subway tu makan plak padahal xde jakim..

    BalasPadam
  13. kadang2 ada yg saja sebarkan rumors sebab nak sabotaj !

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com