terkini dan sensasi

Rabu, 28 Mac 2012

Tabiat hisap jari

Assalamualaikum...(^ ^)


Sejak dari umur 2 bulan, Atikah mula hisap ibu jari tangan kirinya. Masa tu Mas takde nak halang, biarkan je. Bagi Mas bagus camtu, tak perlu nak bagi puting plastik. Mas berfikiran yang bila besar nanti dia akan berhenti sendiri tabiat tu.

Tapi ternyata sangkaan Mas tu salah, makin dia membesar makin menjadi tabiat hisap jari tu. Takde langsung tanda² nak berhenti. Setiap kali tidur mesti jari berada di dalam mulut, dan silalah percaya yang tabiat ini berlarutan sehingga sekarang. Dah umur 9 tahun tu, tapi hisap jari tu tetap tak berhenti.

Masa dia kecil bermacam² cara dah Mas lakukan tapi tabiat tu memang susah nak dihentikan. Dah cuba tampal plaster, letak garam, letak cili sos, letak belacan, letak kicap dan bungkus dengan kain pun pernah tapi tetap gagal. Semacam je dia hisap jari tu. Kalau kita halang dia berhentilah sekejap, tapi bila dia duduk sorang² jari mesti dalam mulut.

Salah Mas jugak tak halang dari dia kecil, kalau tak mesti ia tak jadi tabiat. Cuma bila dah besar takdelah sepanjang masa jari tu ada dalam mulut macam masa kecil, dia akan hisap jari bila tidur dan bila duduk tengok TV sorang². Halanglah camne pun, bila kita tak sedar dia buat balik. Geram betul!

Kawan² ada tak cara atau petua camne nak suruh dia berhenti hisap jari, memanglah normal tapi tak nak tabiat tu berlarutan sehingga dia dewasa nanti. Tak manis, dahlah perempuan.

18 ulasan:

  1. kak mas cuba letak sesuatu kat jari dia..mcm benda benda masam ke..tapi letak time dia tak sedar mcm tido ke..

    cuba la mungkin berjaya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah letak macam2 dah, tapi tetap tak berhasil!
      petua lain pleaseeeeeee... heheheee

      Padam
  2. anum masa kecik2 pun sma

    BalasPadam
  3. nak berhentikan anak drp hisap puting lak mcm mana?gigi dia macam tak sama la sebab hisap puting kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau hisap puting tu tak pasti sangat sbb anak2 Mas memang tak hisap puting! tapi cuba rosakkan puting dia, maybe bila dia tengok dia tak nak... tak pun jangan basuh ke?

      Padam
  4. tapi bila tgk budak isap jari ni comels kak.hehehe

    BalasPadam
  5. Rasanya tak ada masalah. Memang tu jadi habit. Tapi bila usia mencecah remaja, masalah ni akan selesai. Bagi sayalah.

    BalasPadam
  6. akak letakkan somthng kt jari dia.. bg rs yg pahit ke, payau ke.. sure dia xnk isap dh.. isap jri ni akan akibatkan gigi nt xcantek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam2 dah akak letak.. masam, pahit, payau, masin, semua tak jalan!
      tapi nasib baiklah gigi dia cantik..heheheee

      Padam
  7. gigit jari ni satu habit,kalau tak dibendung makin berlarutan.erm.petua yang fiza tahu semua yg akak dah buat tu..tak menjadi pulak ye..harap yang ade petua tu boleh dikongsi bersama.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...susah juga kalau dah biasa mcm ni kan tapi kena juga cari cara yg lain plak kan...:)

    dah letak jadam x?

    BalasPadam
  9. mak letak madu kat tangan anak kedua mak tu lepas tu dia rasa manis semacam lepas tu dia tak suka dah nak hisap jari.. tapi anak bongsu mak tu pandai sikit dia suruh mak basuk jari dia then isap balik hahaha budak2 zaman skrg kan hahahaha

    BalasPadam
  10. agak dah tua tu sampai darjah3. dulu org tua2 letak jadam. biar pahit! pedas masin tak jalan, kena pahit baru dia berhenti.

    BalasPadam
  11. anak buah atok yang bongsu sekarang ni pun isap jari....somel sangat...tapi atok raso, dah bosar nanti mesti akan malu dan benti sendiri.....macam atok....hok hok....

    BalasPadam
  12. kak mas, kawan namee umur 24 tahun. sampai skang dia isap jari ! :O huh, macam mana nak buat tuh. hehe

    BalasPadam
  13. dulu mase kite kecik mak kite letak mcm2 jugak kat jari kite tp x jalan.. kite x suke org pakse kite.. kite penah berenti isap jari 2 taun (mase tingkatan 6 kalo x silap)... senang jer care berenti... sendiri mau buat so berenti.. tp lepas 2 taun.. rase diri cam boring jer.. terus isap balik hehe.. sume pangkal dari ati kite sendirik...

    BalasPadam
  14. salam kak mas. anak saya pun sama. Tapi dia baru umur nak masuk 3. Ni baru masuk minggu kedua proses paksa dia berhenti hisap jari. Tak taulah berjaya ke tidak. Detail leh try tg dekat http://akucabarkau.blogspot.com .

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com