Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 30 Mac 2012

Tak bertimbang rasa!

Assalamualaikum...(^ ^)


Sebenarnya memang ramai orang tak sabar bila berada di jalanraya, masing² nak cepat dan pentingkan diri sendiri. Ada sesetengah tu sampai hilang rasa timbang rasa pada orang lain.

Kejadian petang tadi masa Mas balik dari riadah kayuh basikal, kat traffic light ada sebuah kereta driving school berhenti. Dalamnya ada seorang perempuan yang baru belajar memandu, bila lampu dah hijau dia terus jalan kereta perlahan².

Tapi kereta kat belakang dia memang jenis tak sabar, selamba je dia hon banyak kali kat kereta driving school tu. Pastu terus memotong dengan lajunya. Kesian budak perempuan tu, hampir terbabas. Dahlah baru belajar memandu tiba² ada pemandu lain buat camtu, kesian Mas tengok.

Geram betul dengan sikap pemandu camni, tak bertimbang rasa langsung. Dia tak sedar ke sebelum dia cekap memandu dia pun seperti budak perempuan tu belajar memandu dengan driving school jugak. Tapi bila dah cekap, camtu pulak sikap dia. 

Ingatlah, kita kena saling hormat dan timbang rasa antara satu sama lain bila di jalanraya.

12 ulasan:

  1. lupa diri la tu..dia masa blaja dulu pun mcm tu gak.



    ps: boleh tolong 'like' sesuatu? :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. geram betul tengok!

      nak minta tolong like apa? boleh je..

      Padam
  2. yg ini memang kak liza geram sangat. tak nampak ke L kat depan yg baru nak belajar memandu. tak de makna pun dia hon.. mungkin budak pompuan tu drive perlahan mcm kereta lembu tetapi org yg hon tu otak lembu.. eh..geram pulak.

    BalasPadam
  3. ahhh ... sengal lah orang mcm tuh ! at leAst , hormat lah sikit . mcm dye je nak cepat . huhuhu ... anway , singgah sini . dh lme follow blog nie :)

    BalasPadam
  4. org tu mungkin lupa yang dahulunya dia juga adalah bekas blajar di driving school

    BalasPadam
  5. eh..bukan ke hon takleh nak guna sesukahati camtu..bukan dia buat salah besar pun.dah tahu L terpampang kat keta tu.takperlu kot nak hon..dah sedia maklum budak tu sedang belajar.ishh memang tak bertimbang rasa..patut takyah bg lesen dulu tu.

    BalasPadam
  6. Salam. Tu la orang kata sombong. Dah terbang tinggi terus lupa tanah. Jangan ingat diamtakkan jatuh. Akhir nanti dalam tanah jugak kita duduk.

    BalasPadam
  7. yg lg terok, saye prnh cite kat blog dlu..
    bdk baru belajar mmndu accident..
    gabra lps kene hon ngn lori..
    mmg xde ati perot btol.. kesian sgt kat bdk baru nk belajar bwk kete 2..

    BalasPadam
  8. dia tak ingat, dulu pun dia mcm tu
    manusia ni mudah lupa.

    BalasPadam
  9. orang sekarang mmg cmni kak..tambah2 kat KL ni :(

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas....betul tu kalau dah tahu org tu baru belajar jgn lah buat mcm tu mmg x patut driver tu...:)

    BalasPadam
  11. tak baik hon. nanti tak pasal budak tu gelabah nanti !!!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com