terkini dan sensasi

Isnin, 19 Mac 2012

Tak perlu menuding jari

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas bukanlah sempurna sangat nak berkata dan nak beri nasihat pasal hal aurat ni, tapi tak salah kalau berkongsi pendapat mana yang Mas rasa patut. Lagi pun kalau kita nak sampaikan ilmu dan nasihat tak perlu kita seorang cendekiawan atau pun cerdik pandai, janji ilmu yang kita sampaikan memberi kesan di hati pembaca.

Bila sentuh bab aurat tak perlu kita nak menuding jari pada sesiapa, lelaki cakap perempuan tak pandai jaga aurat dan perempuan pun begitu cakap pada lelaki. Yang penting pastikan yang kita menjaga aurat dengan sempurna baru kita boleh tegur orang lain.

Cara nak menegur tu pulak biar betul, janganlah sampai mengaibkan orang. Kalau boleh tegurlah cara bersemuka, itu lebih bagus. Janganlah tegur di khalayak ramai sehingga menjatuhkan air muka seseorang. Insya Allah, kalau betul dengan caranya pasti orang itu akan tergerak hati untuk berubah.

Sama jugak kita mengajar anak menutup aurat, tak bolehlah kita paksa. Kita kena pandai menangi hati dia untuk belajar menutup aurat, terangkan pada dia kenapa perlu menutup aurat dan apa kelebihannya. Hati anak ni putih bersih, dia pasti ikut. Kalau apa yang kita corakkan tu betul, maka baiklah yang kita akan dapat.

Sama² kita berubah ke arah kebaikan, amin!

9 ulasan:

  1. :) lagi baugs tegur pada ahli keluarga dahulu. (sekadar pandangan dari saya aje)

    BalasPadam
  2. Daripada datuk nenek dan ibu bapa kena tunjuk contoh teladan amal solleh yg baik baru senang diikuti oleh anak2.

    BalasPadam
  3. ye,tak perlu menuding jari.yang penting perbetulkan diri sendiri kemudian baru betulkan orang lain dengan cara yang betul.

    BalasPadam
  4. salam,

    ilmu yg baik, kita jgn lihat org yg menyampaikannya, tp kita lihat n ambil apa yg disampaikan...

    in sya allah, sama2 kita berubah ke arah yg lbh baik, amiin :)

    BalasPadam
  5. tegur menegur itu tandanya ambil berat... kalau teguran untuk kebaikkan rasanya tak salah kan...

    BalasPadam
  6. weeeeeeee
    sy setuju
    peneguran yg berhemah labih dkatttt dihati dr yang memarah2 kan..

    BalasPadam
  7. assalamualaikummas...menegur utk ke arah kebaikan adalah satu perkara yg sepatutnya dan teguran itu haruslah kena dgn caranya...:)

    BalasPadam
  8. menegur dengan niat ikhlas. bukan memaki :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com