blog wajib baca

  • Nuffnang dan Rezeki - Hello peeps... Kenapa saya pilih nuffnang ? Ada blogger baru bertanya pendapat saya tentang pilihan syarikat pengiklanan mana yang terbaik untuk dipasang...

toink toink dari beloG MTT

entri terbaru dan terkini

Jumaat, 2 Mac 2012

tak semua kita dapat

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar sekadar hiasan

manusia memang tak pernah ada rasa puas hati kan? baru dapat sesuatu yang dihajati, nak lagi sesuatu yang lain... sesuatu yang lebih hebat dan menarik dari yang sebelumnya! 

tapi kita kena ingat, tak semua benda yang kita nak tu boleh dapat... adakalanya kita perlu melepaskan sesuatu yang penting demi mendapat sesuatu yang lagi penting! kena berkorban dan redha... jangan asyik ada rasa tak puas hati dan mengeluh... mungkin ada hikmah disebaliknya kita tak diberi peluang memiliki benda tersebut! 

sama juga dalam hal suami dan anak-anak... janganlah kita selalu tak puas hati dengan mereka! selalu cakap, "kenapalah abang ni tak macam suami orang lain"... terimalah keadaan diri suami kita seadanya kerana dalam keadaan dirinya sebegitulah kita memilih dia! janganlah kita hendak dia sempurna dalam setiap aspek dan perkara...

dengan anak-anak pun begitu... janganlah kita asyik beza-bezakan mereka dengan anak orang lain! mungkin anak kita tak berapa bagus dalam pelajaran tapi aktif dalam bersukan... bersyukurlah, ada jugak kelebihan dia! yang penting kita beri dia dorongan dan semangat, pasti dia akan berjaya!

ingat, tak semua yang kita nak dan impikan boleh dapat... Allah tu dah tetapkan bahagian masing-masing, jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan redha! 

9 juta kata dan doa:

  1. seadanya.... sweet gmbar mas.. dpt juga capai puncak. he..he..

    BalasPadam
  2. ingatkan nak jadi superman ke apa? rupanya nak pegang olok2

    BalasPadam
  3. yah.. setuju beno dengan kata kata di atas tu.. Allah itu maha adil.. Dia tahu apa yang patut dan tidak patut... sekurangnya bersyukur lah atas nikmat yang ada di depan mata ni, kerana masih byk lagi nikmat lain yang kita tak nampak tapi tetap dirasai.. =)

    best gambar itu..

    BalasPadam
  4. betul...
    masing2 ada bahagian nya..
    Allah tu maha adil..

    BalasPadam
  5. cantik gambar tu...memang betul...apa yang kita dapat ndak semuanya kekal...semoga impian menjadi kenyataan...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...cantik pemandangan tu mcm boleh capai jer puncak gunung tu...:)

    BalasPadam
  7. lega bace entry ni

    ase sesuai sgt ngn jiwa kecamuk

    BalasPadam
  8. Setiap orang, masing2 ada kelebihan, masing masing ada kekurangan

    BalasPadam
  9. nak capai boleh tapi usaha kena ganda. hehe

    BalasPadam

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com