Assalamualaikum...(^ ^)
Manusia memang tak pernah ada rasa puas hati kan? Baru dapat sesuatu yang dihajati, nak lagi sesuatu yang lain. Sesuatu yang lebih hebat dan menarik dari yang sebelumnya.
Tapi kena ingat, tak semua benda yang kita nak tu boleh dapat. Adakalanya kita perlu melepaskan sesuatu yang penting demi mendapat sesuatu yang lagi penting. Kena berkorban dan redha, jangan asyik ada rasa tak puas hati dan mengeluh. Mungkin ada hikmah disebaliknya kita tak diberi peluang memiliki benda tersebut.
Sama jugak dalam hal suami dan anak² janganlah kita selalu tak puas hati dengan mereka. Selalu cakap, "Kenapalah abang ni tak macam suami orang lain." Terimalah keadaan diri suami kita seadanya kerana dalam keadaan dirinya sebegitu kita memilih dia, jangan kita hendak dia sempurna dalam setiap aspek dan perkara.
Dengan anak² pun begitu, jangan kita asyik beza²kan mereka dengan anak orang lain. Mungkin anak kita tak berapa bagus dalam pelajaran tapi aktif dalam bersukan. Bersyukurlah, ada jugak kelebihan dia. Yang penting kita beri dia dorongan dan semangat, pasti dia akan berjaya.
Ingat, tak semua yang kita nak dan impikan boleh dapat. Allah dah tetapkan bahagian masing², jadi bersyukur dengan apa yang kita ada dan redha.
seadanya.... sweet gmbar mas.. dpt juga capai puncak. he..he..
BalasPadamingatkan nak jadi superman ke apa? rupanya nak pegang olok2
BalasPadamyah.. setuju beno dengan kata kata di atas tu.. Allah itu maha adil.. Dia tahu apa yang patut dan tidak patut... sekurangnya bersyukur lah atas nikmat yang ada di depan mata ni, kerana masih byk lagi nikmat lain yang kita tak nampak tapi tetap dirasai.. =)
BalasPadambest gambar itu..
betul...
BalasPadammasing2 ada bahagian nya..
Allah tu maha adil..
cantik gambar tu...memang betul...apa yang kita dapat ndak semuanya kekal...semoga impian menjadi kenyataan...
BalasPadamassalamualaikum mas...cantik pemandangan tu mcm boleh capai jer puncak gunung tu...:)
BalasPadamlega bace entry ni
BalasPadamase sesuai sgt ngn jiwa kecamuk
Setiap orang, masing2 ada kelebihan, masing masing ada kekurangan
BalasPadamnak capai boleh tapi usaha kena ganda. hehe
BalasPadam