Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 15 Mac 2012

Tangani anak berbohong

Assalamualaikum...(^ ^)


Sesetengah anak² kecil memang suka berbohong, sama ada mereka berbohong untuk melepaskan diri atau kerana takut dimarahi. Sebagai ibu bapa kita perlu bijak menangani pemasalahan ni, jangan terlalu percaya kata² anak atau kita terus memarahi mereka kerana berbohong. Tapi cuba kita selidik dulu sama ada dia bercakap benar atau berbohong.

Sebagai contoh anak² Mas, ada sesetengah perkara Mas tahu mereka berbohong. Tapi Mas tak akan terus marah pada mereka, Mas akan cuba siasat sebab apa mereka berbohong. Tapi kebiasaannya mereka berbohong kerana takut dimarahi, mereka fikir mamanya tak tahu.

Cara menanganinya, mula² Mas akan tanya berulangkali. Betul atau tidak dia buat perkara tu. Kalau mereka masih tak mengaku, Mas akan cakap begini..
"Takpe kakak bohong mama, memang mama tak nampak apa yang kakak buat. Tapi kakak kena ingat Allah sentiasa nampak apa sahaja yang kita buat, tak kiralah kita buat perkara tu sorok²."

Bila Mas dah cakap camtu baru mereka nak mengaku, jadi selepas tu Mas akan terangkan kenapa kita tak boleh berbohong dan apa yang kita dapat kalau berbohong. Baru mereka sedar dan berjanji tak akan buat lagi, senang kan? Tak perlulah kita nak marah dan pukul mereka.

14 ulasan:

  1. Saya selalu cakap kat anak camni

    "Tipu dosa, mati seksa
    Masuk neraka, padan muka".

    BalasPadam
  2. ui masa kecik dlu takut sgt nk menipu..mak dah la garang! huhu

    BalasPadam
  3. boleh jadi pakar didik anak2 nie...hebat la saiko anak2 bergitu...

    kalau saya pun saya mengaku

    BalasPadam
  4. boleh jadi pakar didik anak2 nie...hebat la saiko anak2 bergitu...

    kalau saya pun saya mengaku

    BalasPadam
  5. ye...kebiasaan nyer dia takut dimarahi..

    BalasPadam
  6. cara yang baik ajar budak budak.kalau di marah dan dipukul mereka akan memberontak.

    BalasPadam
  7. Yg jadi masalahnya bila kita tatau dia bohong ke tak? Takut kalau anak tak bohong kita tuduh dia, tersalah tuduh pulak.... Kalau dia bohong tapi kta biarkan sebab tk sure dia bohong ke tak pun bahaya gak....

    BalasPadam
  8. nice tips..
    Boleh guna juga nak tangani adik yang cakap bohong kan?

    BalasPadam
  9. bijak cara kak Mas tangani masalah ni. time kash krn berkongsi.

    jemput datang..
    http://darahmalaya.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html

    BalasPadam
  10. betul tu kak mas. dr kecik kena ajar mcm tu kalau tak anak terbiase menipu. tau je lah ank2 zaman moden ni kan

    BalasPadam
  11. em budak2 ni tak boleh kena gertak..kalau gertak lg dia nak tipu kan. kena tanya elok2 macam kak mas salu buat tu :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com