Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 9 Mac 2012

Yang mana satu?

Assalamualaikum...(^ ^)


Entri ni nak minta pandangan dan pendapat, harap boleh membantu.

Sejak dah guna Samsung Note ni rasanya tak lengkap kalau tak ambil internet plan. Bak kata orang, guna handphone canggih tapi pakai prepaid. Buat apa derrr! Lagi pun internet satu keperluan kalau Mas keluar kemana², senang sikit nak online dan update blog. Tak perlu angkut laptop yang besar tu.

Broadband Maxis memang ada, tapi lecehlah nak tukar² simcard pulak. Nanti susah pulak orang nak telefon kan? Jadi sekarang Mas dalam dilema, tak tahu nak pilih internet plan yang mana satu. Yang ada dalam pilihan sekarang adalah Maxis atau Celcom, tengah pening nak pilih mana satu.

Taukeh kedai Mas beli handphone tu cadangkan ambil Celcom, lebih berbaloi katanya. Tiada caj tersembunyi dan internetnya lebih laju. Husband Mas pulak suruh kekal dengan Maxis, senang katanya. Sebab dia pun pakai Maxis jugak. Cuma faham sendirilah, Maxis ni banyak benar caj tersembunyinya. Tapi dalam masa yang sama Mas masih sayang dengan Maxis.

Mas dah buntu nak pilih mana satu, sebab itulah nak minta pandangan kawan². Sedikit sebanyak ia dapat membantu Mas membuat keputusan yang lebih baik.

13 ulasan:

  1. anum guna celcom
    berbaloi-baloi

    BalasPadam
  2. pakai yang ramai kawan kita pakai line tu....atok setia dengan maxis sebab ramai kawan pakai maxis

    BalasPadam
  3. amik celcom kak, sebln br 38 utk 1gb.. klu maxis 48.. *sbb sy pakai celcom..ehehe*

    BalasPadam
  4. Ikut pengalaman, maxis mmg ada kos pelik2.... Celcom ok sket... Dulu msred guna maxis tapi skang guna celcom... Setakat ni puas hati...

    BalasPadam
  5. utk call pakai le hp biasa je.. maxis atau celcom ni kena kira betul2 sebab kak liza pernah argue di kaunter celcom pasal caj tersembunyi ni. dia tak dpt nak explain. so kak liza terminate je. memang dah lama pakai maxis. kalau broadband maxis lebih elok line dia tapi plan celcom lagi murah kot. tak tau nak kata..

    BalasPadam
  6. Celcom yg bagus..

    Maxis bukan tak bagus ttp sgt makan duit pelanggan.. Sgt terukkkkk.. Sgt tidak sistematik.. (terlalu marah dengan maxis)

    BalasPadam
  7. dulu saya user maxis....sgt teruk la khidmat dia, siap bersabar 6thn lebih

    sekarang sudah beralih pada celcom
    sangat berbaloi2

    BalasPadam
  8. ntah susah nk jawab. dgn dua2 ni sy pernah 'kena ketuk'

    huh!

    BalasPadam
  9. Gune celcom.tiada charge tersembunyi dan berbaloi.connection pun laju ^_^

    BalasPadam
  10. samsung note ???aaaa nak satu. hehe. saya suggest akak pakai celcom. kalau maxis tu banyak sgt extra charges dia tu. maaf cakap :(

    BalasPadam
  11. assalamulaikum mas..gunakan line Celcom la lebih baik dan murah skit dr maxis...:)

    BalasPadam
  12. Saya pengguna celcom. Saya pengguna postpaid dengan kadar panggilan rm40/bln dan internet 5gb rm88/bln. Kredit limit rm150. Bulan pertama sedap skali pakai celcom. Masuk bln kedua,dah kena bar kerana caj semasa dah sampai rm825. Bulan pertama saya da buat pembayaran. Saya sangat x puas hati kenapa kredit limit rm150 tapi bil semasa rm825 baru kena bar oleh celcom. Rasa tertipu dengan celcom. Saya nekad akan bawa kes saya ni ke tribunal pengguna.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com