Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 16 April 2012

Alahan yang sangat mencabar

Assalamualaikum...(^ ^)


Tak sangka pulak boleh kena alahan sebegini. Padahal masa mengandungkan Atikah dan Arfan dulu takde pun camni, memang berbeza betul hamil kali ni.

Alahannya, tak boleh masuk tandas langsung. Bila masuk terus bau semacam, padahal tandas tu tak busuk pun. Pastu terus tekak rasa loya dan apa lagi muntah teruslah. Hari ni 3 kali masuk tandas kat pejabat, 3 kalilah muntah. Padahal dah tutup hidung sebab tak nak terbau apa².

Bila balik rumah cuba sembur pewangi dulu sebelum masuk tandas, ingatkan boleh tahan sebab dah wangi kan? Tapi camtu jugak, masuk je automatik muntah. Memang rasa tak selesa sangat, susahlah nak masuk tandas lepas ni.

Memang mencabar sungguh alahan kali ni, harap² tak lamalah. Tapi bila cakap dengan husband boleh pulak dia gelak, siap cakap nanti abang belikan pengepit hidung. Jahat kan!

14 ulasan:

  1. alahan memang mengajar erti kesabaran...huhuhu
    jom sertai ni sis
    http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/blogger-pilihan-chegu-zubir.html

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...betul2 mencabar bila mengandung kali ni ye...buat masa ni terpaksalah bertahan jugakan sbb mana boleh x masuk tandaskan sabar je la mas susah mcm mana pun terpaksa juga dihadapi....

    BalasPadam
  3. kena sabar banyak-banyak yea mas..lain anak lain ragamnya..

    BalasPadam
  4. arghh so swett, semua ibu mengandung sgt swett...

    BalasPadam
  5. ~kesiannya..sabar2 mesti ada hikmah :)

    BalasPadam
  6. hehehe..nama anak akak sama ngan eka..eka atiqah...

    aduhai sampai cmni ye kak kalau peknen.. selalu dengar takleh cium bau orang masak,takleh masuk dapur.ni bilik air susah nak masuk,acaner nak melabur kan kak....

    takpe kak.semoga cepat ilang alahan akak ni

    BalasPadam
  7. hihi...besar betul dugaan org peknen ni kan

    BalasPadam
  8. alahan bukan beerti kalah... (Eh? ke situ pulak..)

    BalasPadam
  9. pengepit hidung??x bernafas terus la plak nanti..sakit wooo hidung di kepit..

    BalasPadam
  10. tak payah guna toilet lg la. kekekekke

    BalasPadam
  11. Sebenarnya bukan kena tutup hidung. Tp kena tutup mata.

    BalasPadam
  12. memang mencabar alahan akak ni..moga cepat cepat beransur pulih alahan ni..susahlah kalau tak leh nak masuk ke toilet kan.

    BalasPadam
  13. alahaiiii siannya akk.akk sabar eh.

    BalasPadam
  14. kak mas..kite dulu smpai 5 bulan huhu..tak leh tgk berus gigi pulak hahaha..terus nak mntah..

    pegi keje tak gosok gigi..smpai opis baru gosok hahaha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com