Assalamualaikum...(^ ^)
Alhamdulillah, berjaya jugak masak!
Mula² masuk dapur tadi memang ingat tak boleh masak dah, sebab masuk je dapur kepala dah rasa pening² dan tekak pun dah rasa loya. Tapi kuatkan jugak semangat sebab memang teringin sangat nak makan Tauhu Sambal Ikan Bilis. Tak nak yang beli, nak yang masak sendiri!
Selepas gagahkan diri bertungkus lumuslah Mas memasak di dapur. Beberapa kali tekak rasa loya tapi Mas cuba bertahan, tabahkan hati demi baby dalam perut ni. Lagi pun bukan nak masak macam² jenis lauk pun, cuma satu jenis je. Nasib baiklah ada kakak Atikah membantu.
Sekarang dah selesai memasak, memang mencabar sungguh rasanya. Habis je masak terus muntah², ini pun rasa lemah sangat badan tapi gagahkan diri jugak taip entri. Pastu terus makan epal hijau yang masam untuk hilangkan rasa loya, kejap lagi nak santap Sambal Tauhu Ikan Bilis tu.
Tengok ni, sedap kan? Tak sabar mama dengan baby nak makan.
kesiannya, tapi tulah kan ibu, dalam loya-loya gigihkan diri nak memasak jugak..
BalasPadamnmpk menyelerakan..
BalasPadamrajinnya mas masak time cenggini! Tahniah ye pregnant laie!
BalasPadamsedap tuh...supermaks
BalasPadamheehhe.
BalasPadamwan tak suka tauhu, tapi suka soya.
bila dah mengandung.
kena betul betul jaga pemakanan ni.
nice...simple dan sempoi menu tu
BalasPadamkesian akak. akak jaga diri k. :)
BalasPadamassalamualaikum mas....sedapnya sambal tauhu tu... keinginan nak mkn mesti dptkan barulah baby suka...:)
BalasPadam