terkini dan sensasi

Sabtu, 7 April 2012

Berkat kesabaran

Assalamualaikum...(^ ^)


Memang betul, kalau kita sentiasa bersabar dan tak mengeluh dengan dugaan yang menimpa pasti kita akan dapat pulangan. Sebab Allah suka umatnya yang banyak bersabar dan berusaha, bukan hanya tahu merungut dan harapkan rezeki datang bergolek.

Perkara ini terjadi pada Mas sendiri, bukannya Mas nak riak tapi sekadar berkongsi untuk kebaikan bersama. Bak kata pepatah "Yang baik jadi teladan dan yang buruk jadikan sempadan." 

Begini kisahnya, semua tahu sekarang tengah bulan kan? Jadi biasalah waktu ni poket memang sentiasa kering, kebetulan pulak husband kurang sikit dapat kerja untuk bisnes dia bulan ni. Jadi memang kena berusaha keras untuk dapatkan sedikit rezeki.

Kebetulan hari ini duit dalam dompet Mas hanya tinggal RM10, terdesak jugaklah. Husband pulak cuba cari kerja sikit untuk dapatkan belanja pada hari ini. Tapi nasib tak baik, takde pulak kerja yang masuk. Buntu jugak nak buat apa, tapi Mas cuba bersabar. Mungkin ada ikhtiar lain!

Tiba² tergerak hati nak tengok akaun Bank Rakyat Mas. Saja² je, sebab dah tahu dalam akaun tu memang takde duit. Sekali bila tengok dalam akaun ada RM50. Syukur alhamdulillah, memang tak disangka². Ada jugak rezeki kami sekeluarga hari ni. Pastu husband pulak cakap dia dapat RM100, duit untung bisnes katanya.

Ya Allah, memang sangat tak disangka. Dalam kebuntuan itu Allah telah berikan juga rezeki pada kami. Mungkin berkat kesabaran dan usaha kami itu, terima kasih Ya Allah!

12 ulasan:

  1. tak rugi pun bersabar kan kak..alhamdulillah atas rezeki yang diberikan oleh-Nya.

    BalasPadam
  2. Allah itu maha mengetahui..
    Dia takkan sesaje nak susahkan hamba-Nya tanpa beri jalan penyelesaian..

    BalasPadam
  3. kak liza pun selalu jadi camtu. tiba2 aje ada org bayar hutang atau nak beli barang. syukur sangatkan.. kita tak tahu rahsia yg Allah dah aturkan.

    BalasPadam
  4. fuh lega dia jgn ckp lah kan!!!!

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, rezeki ada dimana2..:)

    BalasPadam
  6. Syukur alhamdulillah......

    BalasPadam
  7. alhamdullillah...untungnya bersabar kan..=)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...wah !! alhamdullilah berkat kesabaran ada juga rezeki yg ada utk hari ni...:)

    BalasPadam
  9. kita memang kena sntiasa positif..bila kita positif, ada gelombang or vibration yang dilantunkan.. ;)

    Dia sentiasa mendengar dan beribu malaikat mengaminkan apa yang kita cakap kak mas walaupun dalam hati..jadi kena sntiasa berprasangka baik..sebab Allah akan bersangka mengikut sangkaan hambanya..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah :)
    selagi berusaha
    dan x berputus harap dgn rezekinya
    pasti ada kan kak :)

    BalasPadam
  11. syukur. rezeki sentiasa ada ! :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com