Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 27 April 2012

Bila marah

Assalamualaikum...(^ ^)


Kita ni bila tengah marah kadang² kita tak sedar apa yang dicakap, biasanya kita akan terlepas cakap dan cakap ikut sedap mulut je. Tanpa disedari percakapan itu telah mengaibkan pasangan sendiri, maklumlah masa tu tengah geram dan marah pada pasangan.

Ingatlah, jaga sikit percakapan bila tengah marah. Jangan mudah nak lepaskan pada kawan². Kalau kawan boleh dipercayai takpelah, buatnya yang jenis mulut longkang. Habis dijajanya apa yang kita cakap pada semua orang, tak ke naya?

Pastu yang mendengar tu janganlah api²kan pulak bila kawan kita tercerita sesuatu yang mengaibkan tentang pasangannya. Cuba tenangkan dia dan minta dia kawal kemarahan, barulah tak terjadi perkara yang tak diingini.

Sebab itulah orang selalu cakap, bila marah sebaiknya kita diam. Diam itu boleh membantu meredakan kemarahan, sebab kalau kita lagi bising lagilah membuak kemarahan tu.

16 ulasan:

  1. bab mengaibkan pasangan tu sy setuju...kesian, sbb perangai kita, hubby kena tempias..

    BalasPadam
  2. BILA SAYA MARAH SAYA PUN LEBIH SUKA DIAM.TAPI KALAU PIHAK YANG SATU LAGI TAK RETI DIAM SAYA SENDIRI AKAN DIAM KAN MULUT DIA.

    BalasPadam
  3. marah itu api, diam itu air.

    hehehe.

    BalasPadam
  4. Jgn layan rase amarh tu kan kan

    BalasPadam
  5. diam tu lebih baik dari bercakap banyak kan..

    BalasPadam
  6. kata-kata ketika marah mmg tak ley diambil kira ^^

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas..betul tu kekadang bila dah marah tu boleh terlepas percakapan yg boleh menyinggung perasaan org lain...kena kawal diri bila kita dlm keadaan marah...:)

    BalasPadam
  8. tu la kak
    Sy pong sendiri tkot bile sy mrh..heeee
    Mska diam ajeeeeee

    BalasPadam
  9. api tak boleh lawan ngan api...salah seorang mesti kono jadi air.

    BalasPadam
  10. setuju,kalau rs marah baik diam dan istighfar,kurang la rs nak marah tu bila ingat Allah ;)

    BalasPadam
  11. gara2 marah, yg dulu baik dah bergaduh pulak...alahai sedih nengok.

    BalasPadam
  12. saya ni suka marah jugak..tapi bersebab la..
    tapi.. saya cepat sejuk jugakkk...^^

    BalasPadam
  13. masa marah mmg susah nak kawal semua nya

    BalasPadam
  14. assalamualaikum mas....yer la kena kawal percakapan kalau terlepas ckp timbul masalah lain plak...:)

    BalasPadam
  15. as a conclusion..time marah jangan la dekat dengan blog, fb atau apa2 yang akan mendorong kita lepas kan geram smpai public tahu. kan kak. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com