mrs secretary

Jumaat, 6 April 2012

Janji atau duit?

Assalamualaikum...(^ ^)


Situasinya, kita berjanji dengan seorang kawan A untuk menjual sebuah handphone dengan harga RM200. Kawan tu memang bersungguh² nak beli tapi dia minta kita simpankan dulu dan akan bayar esok hari. Tiba² malam tu ada kawan B nak beli handphone dari kita dengan harga RM300. 

Mana yang lagi penting bagi kita, janji dengan kawan A atau duit yang ditawarkan oleh kawan B.

Bagi Mas janji lagi penting sebab itu menunjukkan kita seorang yang menepati janji, dan duit itu adalah rezeki. Kalau hanya itu sahaja rezeki yang kita dapat untuk menjual handphone, maka bersyukurlah. Duit kita boleh cari tapi janji yang telah dimungkiri boleh ke kita perbetulkan semula? 

Nanti tak pasal pulak kita dicop seorang yang mungkir janji, dan mungkin jugak persahabatan kita dengan kawan A akan jadi renggang. Memanglah duit yang banyak penting tapi kalau itu sahaja rezeki yang Allah tetapkan untuk kita, maka itulah. 

Apa pendapat kawan², harap boleh kongsi.

7 ulasan:

  1. PEPATAH MELAYU BERKATA MANUSIA BERPEGANG PADA JANJI...

    BUKAN BERPEGANG PADA DUIT AHAKS....
    RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL..

    BalasPadam
  2. janji tu lebih penting kak.... benda2 mcm nie kalau kita pikir duit kawan pun boleh hilang kak

    BalasPadam
  3. pernah terjadi pada fiza ni kak..ade kawan offer phone pada fiza dulu..dah janji..lepas tu die ade org nak beli dgn harga mahal sikit terus die jual..sob sob..sedih betul..terus tak rapat dah..nak cakap pun xtahu nak cakap ape..die senang leh ckp sorry je..-_-'

    BalasPadam
  4. bab meniaga selalunya manusia lupa janji. yang penting untung :-)

    selalunya laaa

    BalasPadam
  5. selalu situasi macam ni la menguji tahap ketahanan mental kite.hihi..antara janji,kawan,duit..serba salah.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...yer betul tu duit boleh dicari tapi kawan yg baik sukar dicari...:)

    BalasPadam
  7. bg saya..janji yg lebih penting. yela, kalau taknak tunai janti, jgn lah sebut janji tu. dah tak boleh tepati bila tamak extra 100.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com