Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 1 April 2012

Janji melayu

Assalamualaikum...(^ ^)


Kenapa orang selalu sebut janji melayu, kenapa tak sebut janji cina ke, janji india ke? 

Pelik kan, asal mungkir janji disebut janji melayu. Adakah orang melayu terlalu teruk sehingga selalu sangat memungkiri janji atau tidak menetapi janji. Adakah kita sebagai orang melayu tidak berasa malu dengan menggunakan perkataan "janji melayu" setiap kali memungkiri janji.

Bagi Mas penggunaan perkataan janji melayu ni tidak sesuai digunakan, ianya seolah menghina dan memperkecilkan bangsa melayu. Bukan orang melayu je yang selalu memungkiri janji kan? 

Cuba lihat hadis ini, Rasulullah bersabda (maksudnya).
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila dia berbicara niscaya dia berbohong, apabila dia berjanji niscaya mengingkari, dan apabila dia diberi amanah niscaya dia berkhianat.” [Shahih Muslim, no 89]

Tengok, dalam hadis ini terang² diperkatakan agama Islam menuntut umatnya sentiasa menepati janji. Janji itu adalah satu amanah pada kita jadi wajarlah kita tidak mengkhianatinya. Sentiasa ingat, kalau tak mampu tunaikan janji jangan berjanji.

Selepas ni janganlah kita gunakan istilah janji melayu tu, biarlah kita berjanji mengikut janji Islam yang berpandukan hadis dan sunnah.

9 ulasan:

  1. pasni jangan guna lagi istilah tu kan..^_^.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...alhamdullilah mudah2an kita tidak memungkiri janji sesama kitakan...:)

    BalasPadam
  3. nak buat macam mana.. dah lumrah.. padahal sikap mungkir janji itu da pada semua orang.. last2 melayu jugak yang kena.. kalau berfikir dari sudut yang positif, kita harus menukar sikap mungkir janji, tak tep[ati janji agar pandangan dan kenyataan ini akan terhakis secara perlahan lahan.. displin diri menjadi tunjang.. pandai berjanji dan pandailah tepati... Salam ziarah dari adam narzuan..

    BalasPadam
  4. masalahnya orang melayu jugak yg mempopularkan istilah tu kan :-)


    ps: boleh bantu saya 'like' sesuatu ?

    BalasPadam
  5. Mungkinkah kerana Melayu terlalu banyak menabur janji?
    ENtahlah~

    BalasPadam
  6. janji melayu besela

    tapi kan pesen xreti nk tepati ni mmg xley caye

    janji je reti

    sbb tu takut nk bjanji

    BalasPadam
  7. zie paling takut berjanji taw kak. takut tak akan dpt kotakkan

    BalasPadam
  8. melayu mudah lupa...haaa. semua melayu....sedih la macamni. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com