terkini dan sensasi

Rabu, 4 April 2012

Jom sertai Program SENYAP 1.1

Assalamualaikum...(^ ^)


Rabu depan cuti umum sempena Pertabalan Agong, pasti kita ada rancangan nak pergi beriadah kan? Bagi yang tiada idea nak ke mana, apa kata sertai Program Senyap 1.1. Program ini akan diadakan pada 11 April 2012, jam 9-10 malam di Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya. 

SENYAP merupakan singkatan kepada program (Social Enforcement For National Youth Awareness Program) dimana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian. Sehubungan dengan itu setelah kewujudan blogger disedari maka dengan ini mereka membawakan SENYAP 1.1 selepas kejayaan SENYAP 1.0 diadakan di PWTC sebelum ini.

Program SENYAP kali ini menampilkan penyanyi rap terkenal lagu Syukur iaitu Altimet dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon dan Bro Framestone iaitu Senyap Blogger.

Kepada rakan blogger yang berminat untuk menghadiri program ini bolehlah isi borang penyertaan di sini, dan untuk maklumat lanjut boleh klik sini. Tarikh tutup penyertaan pada 9 April 2012 dan jika ada sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan page vyrec.

Cepat, hanya 200 penyertaan pertama akan dipilih.

12 ulasan:

  1. project baru ni fiza tak sempat nak promote lagi..tadi dah check email dah..aktiviti bagus haruslah join kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. fiza join ke event ni?
      kalau join, jomlah kita pi sama2..

      Padam
  2. wan tengok Bro Framestone banyak ada event dengan artis, siapa sebenar dia ni kak?.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia blogger biasa je!
      tapi dia memang cari pendapatan dengan berblog, so kenalah join event sana-sini..

      Padam
    2. Saya blogger biasa-biasa je...

      xde pe2 yang istimewa pun

      Padam
  3. alamak . pandai je dorang buat event name senyap . haha

    btw kite follow akak taw .
    salam kenal :)

    BalasPadam
  4. Pernah dapat invite untuk program senyap 1.0 dulu tapi tak dapat join.. Sedih :(

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...wah mcm best je kan tapi jauh la...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com