Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 6 April 2012

Mungkin kita lupa bersyukur

Assalamualaikum...(^ ^)


Pernah tak alami situasi camni.

Kita dah berusaha bersungguh² untuk dapatkan sesuatu, pelbagai cara kita lakukan agar berjaya memperolehinya. Tapi bila tiba masanya apa yang kita usahakan itu gagal, kita tak berjaya memilikinya. Padahal macam² dah kita lakukan!

Pastu kita terus marah dan memberontak, kecewa dan mula salahkan takdir Allah. Kita anggap Allah tak adil dengan kita sebab tak makbulkan apa yang diusahakan. Tapi pernahkah kita fikir apa sebenarnya di sebalik kegagalan kita itu, pernahkah kita fikir yang kita mungkin lupa bersyukur.

Betul, mungkin kita lupa bersyukur. 

Kita anggap kalau dah berusaha bersungguh² pasti akan berjaya, tapi kita salah. Sebenarnya bersyukur itu penting, baik kita berjaya atau tidak. Kalau berjaya bersyukur dengan rezeki Allah bagi, minta dimurahkan lagi rezeki kita. Kalau tidak berjaya bersyukur jugak, mungkin Allah nak uji setabah manakah kita. Dengan itu kita tidak mudah putus asa dan akan berusaha sehingga berjaya!

8 ulasan:

  1. rara bila terlihat kan org lain yg lagik susah.baru lah terbit rasa sykur.kalau x.hmm ada je benda x kena.

    BalasPadam
  2. wan banyak kali gak alami situasi macam tu.
    dah banyak yang usaha, tapi masih lagi gagal.
    nak kata tak bersyukur tu, entahla.
    terpulang pada Allah.

    dan satu lagi wan,pasal istidraj, orang yang selalu tinggalkan solat, tapi sentiasa berjaya pun ramai...

    BalasPadam
  3. Bersyukur apa adanya.Tak dinafikan kita pernah hadapi situasi macam ni tapi cepat cepatlah sedar akan perlunya kita bersyukur.Jangan terus bermain dengan kegagalan..yang penting usaha dan usaha.

    BalasPadam
  4. tulaa kadang2 kte bt ape tgh senang x syukur kan dah derita br ternganga

    BalasPadam
  5. salam perkenalan list u in my blog k..:)

    BalasPadam
  6. betul2 . selalu nak persoalkan apa yang Allah beri , padahal kalau senang susah btl nak bersyukur :(

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...bersyukurlah dgn apa yg kita ada agar kita tidak mudah lupa diri...:)

    BalasPadam
  8. kadang2 Allah taknak bagi sbb nak uji kita atau mungkin suatu yg lebih baik menanti :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com