Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 23 April 2012

Simptom malas update

Assalamualaikum...(^ ^)

syoknya kalau rajin update macam dulu, kat mana² je


Kalau dulu Mas pelik, kenapalah blogger² yang mengandung mesti malas nak update blog. Tengok blog rasa nak muntahlah, rasa peninglah, rasa loyalah dan rasa malas nak menaip. Terfikir jugak kenapa sampai jadi camtu sekali.

Tapi bila dah mengalami sendiri, barulah Mas tahu, memang benar simptom tu wujud. Bukan dibuat² atau dipaksa², tengok blog memang rasa pening, loya dan membosankan. Nak blogwalking pun sama, malas jugak! Tapi kalau tiba² terblogwalking tu maknanya tiba² rajin sekejap.

Sekarang memang dah terbukti, update pun ikut sesuka hati je. Kadang² tu dah menjelang petang baru ada entri, pastu satu hari memang satu entri dan entri pun pendek sangat. Nak buat camne, itu pun paksa diri menaip sambil kepala berpinar².

Maaf sangat pembaca massaari.com!

9 ulasan:

  1. yg tak mengandung pun ada masalah nih.. camno tuh..?? hehehehe

    BalasPadam
  2. takper..faham..jaga diri ye mas.

    BalasPadam
  3. Jaga kesihatan kak..biasalah kdg2 blogger tak mengalami macam ni pun ade symptom malas jugak takde idea dan macam2..so,berblogging kalau rasa mahu dan rajin..^__^

    BalasPadam
  4. sy yg xmengandung pun tgh alamni simptom tu...haha

    BalasPadam
  5. heheh..saya la tu..
    suami pun pelik tengok saya..dulu kemain sanggup tahan mengantuk depan laptop semata2 nak berblog.sekarang ni dah tak serupa saya dah..heheheh

    BalasPadam
  6. heeeee
    xpe kak, ikot rasa hati taw ;)
    yg pntg jaga kesihatan akak dn baby :))

    BalasPadam
  7. tu la mas. bila blogger mengandung kompommm lah malas nk update blog. zie dh merasainya taw. 2 bulan lebih blog suam suam kuku. but after morning sickness hilang..terus mood tu dgn balik :D

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas....biasala keadaan diawal mengandung ni mcm2 serba x kena je moga mood cpt2 kembali...:)

    BalasPadam
  9. hehe. pembawakan budak.takpe...nanti lepas dah bersalin..mood tu mesti kembali!!! :))

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com