Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 5 April 2012

Tidak boleh!

Assalamualaikum...(^ ^)


Kadang² kita menghadapi kesukaran untuk berkata "tidak boleh" kepada anak². Biasanya kita berikan sebab mengapa mereka tidak boleh berbuat sesuatu, tapi adakah anak² akan faham? Mereka perlu faham bahawa tidak boleh bermakna tidak boleh.

Biasa kita akan rasa tertekan dan letih apabila anak² asyik meminta benda yang mereka nak. Walaupun kita kata tak boleh tapi mereka tetap berkeras, jadi untuk menanganinya kita tetapkan sesuatu. Misalnya anak berkeras nak kita belikan mainan, jadi kita cakap kalau mereka berjaya baca buku sampai lancar baru belikan hadiah. Kalau tak berjaya maknanya tak boleh!

Memang sukar nak elak daripada anak² buat perangai dan tak setuju dengan apa yang dikatakan, lagi kita kata tak boleh lagilah mereka memberontak! Lagi satu kena tegas, kalau tak boleh kena tegaskan memang tak boleh. Jangan bila anak merajuk dan memberontak terus kita kata boleh pulak. 

Tapi jangan marahkan mereka, sebab anak² ni mudah mengesan sesuatu yang negatif dan mereka mungkin akan anggap kita tak sayang mereka pulak.

10 ulasan:

  1. bagus cara tu kak, wan dulu, bila mintak sesuatu dari abah, mesti abah tak bagi, dengan syarat dapat keputusan baik dalam exam dan kedudukan terbaik dalam kelas..kalau tak, dia tak nak bagi.

    dan kesannya, wan jadi segan nak minta apa apa dari abah..even masa sekolah pun..

    tapi adik adik sekarang, minta apa apa, abah mesti akan belikan..

    dulu, masa kecik kecik, bila adik minta apa apa, wan yang selalu marah mereka ssebab banyak meminta..hhehehhe

    BalasPadam
  2. one day i will be dady too.. but now..need to find my dream wife first xD

    BalasPadam
  3. kena tegas dengan diaorg tapi bukan dengan cara nak tunjuk kita ada power depan mereka..nanti diaorg tak hormat kita..mereka cuma takut je nanti..

    BalasPadam
  4. ajar dengan cara yang betul

    BalasPadam
  5. perlu ada had dlm memboleh kan semua permintaan anak.. kita ni pn sentiasa risau nak besarkan anak. kdg2 blh rasa cabaran akan dtg tu

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...yer mmg betul apa yg mas katakn itu...anak2 kena dibagitahu pd mereka sbbnya kenapa kita x mahu belikn sesuatu benda yg diminta tu dan bab memujuk dgn cara yg mas ckpkn tu mmg baik menjadi semangat pd anak2...:)

    BalasPadam
  7. budak budak kalau dimarah nanti memberontak pulak.kene pujuk dgn cara yang elok..kdg2 menjadi kdg2 tak..

    BalasPadam
  8. Urmmmm...
    Tapi seorang ibu memang susah nak cakap tak boleh sebenarnya..
    Macam ibu ary..
    Dia tak sampai hati kata TAK pada anak-anak dia..
    Kesian kalau fikir-fikir..
    Penat dah pesan kat ibu, cuba lah belajar kata TAk..
    Dia jawab,.. TUnggu lah sampai awak dah adda anak esok..

    BalasPadam
  9. budak2 salu rasa kita tak sayang dia bila kita kata tak boleh. sedangkan kdg2 benda tu untuk kebaikan dia jugak kan. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com