Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 21 Mei 2012

Check up si kecil

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa khabar semua, rindu Mas tak? Maaflah, mood berblog masih ke laut lagi. Ini pun update sebab tiba² teringin nak menulis, jadi Mas nak kongsi sikitlah cerita pasal pergi check up kandungan kali kedua pada hari Jumaat lepas.

Check up kali ni kena ulang scan dan minum air gula. Mula² sampai klinik macam biasa ambil darah. Memang mengigil² Mas, maklumlah fobia sikit bab ambil darah ni. Lepas ambil darah timbang berat, turun lagi 2kg. Nak buat camne, selera makan memang ke laut jugak.

Pastu sampai masa minum air gula. Mas ambik gelas, baca bismillah dan terus teguk sampai habis. Memang tak nak minum sikit² sebab tengok seorang ibu ni dia minum sikit² terus muntah. Bagi Mas minum air gula ni tak ngeri sangat, rasa dia biasa je. Berjaya jugak minum tanpa muntah!

Selesai bab minum tu, terus pergi jumpa doktor untuk scan. Nampaklah si kecik dalam perut ni, masa tengok tu rasa sebak sangat. Bukannya apa sebab pertama kali Mas tengok baby dalam perut masa dia masih kecil, dulu masa anak sulung dan kedua memang tak pernah scan pun.

Tapi mengikut keputusan scan, baby baru 10 minggu. Tapi kalau ikut perkiraan normal dah 12 minggu, jadi ada perbezaan pada tarikh due date nanti. Kalau ikut normal due date Mas pada 29/11/2012 tapi kalau ikut tarikh scan 10/12/2012. Tapi Mas tak kisah, janji baby membesar dengan sihat. Cuma kena bersedia untuk kedua² tarikh due date tu. Pastu 1/6/2012 nanti kena datang sekali lagi untuk ulang scan, doktor nak pastikan betul². 

Lepas scan baby kena tunggu 2 jam untuk ambil darah sekali lagi. Masa menunggu tu adalah sedikit ceramah mengenai penyusuan ibu, jadi tak bosan sangat menunggu. Bila dah selesai semua balik rumah terus tidur, makan pun tak lalu sebab kepala dah pening.

Inilah gambar si kecik dalam perut Mas, comel kan? Hehehee!


27 ulasan:

  1. :)


    jaga kesihatan tu kak mas

    BalasPadam
  2. bagusnye Klinik Kesihatan kat tmpt kak mas scan awal2. kat tmpt my kalau dah 18 minggu ke atas baru die scan so my scan kat klinik swasta je. hehe.

    minggu ni My baru nak check up kali ke 2...:) dah kena minum air gula sob sob sob.

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan n smoga baby sihat slalu..

    BalasPadam
  4. baby masi dlm perut suda exicted, klu dh kuar nnt mesti lebih excited kn..

    take care urslf n ur baby :)

    BalasPadam
  5. tc kak mas, mesti teruja je rasanya kan? hihi

    BalasPadam
  6. take care Mas..jaga diri dan baby ye :)

    BalasPadam
  7. take care ya sis.

    sy pun the 1st 3 month mood semua ke laut asik layan loya muntah2 jek.

    BalasPadam
  8. xsabo nk tgu baby 2 besar! hehekk

    BalasPadam
  9. jaga diri n baby baik2 yer =)

    BalasPadam
  10. heheh..awal2 dah kena minum air gula..setakat ni saya tak kena lagi..
    mintak2 la tak kena /
    mengandung maisara dulu pun tak de minum air gula.tu yang rasa gerun sikit tu bila orang cerita pasal minum air gula ni.

    BalasPadam
  11. xnmpak pape lg

    harap sume bebaik saja kak

    xsaba nk tggu die lahir

    BalasPadam
  12. akak, jaga diri ok. susah juga pregnant kan, badan kita pun tal sedap .itulah nikmat menjadi ibu kan kak. apa2pun, akak banyak kan rehat tau.

    BalasPadam
  13. salam mas..take care ye..Insyaallah semua ok tu..

    BalasPadam
  14. Wahh Kak Mas! 2 bulan Tea menyepi, Kak Mas dah menghasilkan benih cinta.. Ouh terharunya... Jg diri tawww! Jgn lasak2 sgt..

    BalasPadam
  15. Kak Mas,

    VCO yang kak Mas cakap tu y mana? pil tu ke ape?

    BalasPadam
  16. assalamualaikum mas...semoga baby cpt besar yer jadi mama nyer boleh lah berblogging lg hehehehe....moga mas sentiasa di dlm keadaan yg baik je...:)

    BalasPadam
  17. wah akak pregnant ? huuu sory baru dpt menjenguk setelah kian lama menyepi .. jaga diri ye =)

    BalasPadam
  18. assalamualaikum mas...lama dah x dengar cite macam mana skg dah okay x mabuk2 tu...semoga mas n baby sentiasa sihat ye...:)

    BalasPadam
  19. takpe kak.skang ni banyakkan rehat tau. yay baby sihat. comell. tak sabar nak tengok bila baby keluar nnti...:)

    BalasPadam
  20. akaaaaakkk!
    rindu akak
    aduhai
    lame beno x mai
    bz dan x dan nak blogawaking pong
    terasa sebb kehilangan seorang yg sellau di jejaki
    cewahhh
    heee
    jage diri ye kak, jage baby,weeee :D

    BalasPadam
  21. apa khabar mas? lama tak jenguk sini. sorry la... apapun TAHNIAH! semoga dalam keadaan yang baik2 sahaja.

    BalasPadam
  22. salam mas... long time no see. hari ni and hari2 mendatang insya Allah akak berkunjung lagi

    akak tag Mas to join contest...korean beg . Lawa :)

    BalasPadam
  23. Salam Mas..lamanya x update blog..Mas ok ke? ke ada blog baru ?miss u..

    BalasPadam
  24. salam perkenalan :)

    jaga kesihatan ye :)

    x sabar nak tunggu kehadiran baby :)

    BalasPadam
  25. tahniah.. ai pulak yang teruja + rindu masa preggy hari tu..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com