Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 16 Julai 2012

Kerang Bakar punya pasal!

Assalamualaikum...(^ ^)

3 hari tak update, hari tu janji nak update tiap² hari. Tapi nak buat camne, kesihatan tidak mengizinkan. 3 hari Mas terlantar sakit tak bermaya, dok lepak kat rumah sambil jadi teman setia tandas. 

Teman setia tandas, apa ke hal pulak ni?

Camni, Mas kena cirit birit yang sangat teruk selama 3 hari. Boleh dikatakan hampir setiap masa dok ulang alik ke tandas, camne tak jadi teman setia kan? Makan tak lalu dan nak buat apa² pun tak larat, memang seksa sangat. Baby dalam perut pun macam tak selesa, kurang menendang. Biasanya 1 hari 2-3 kali jugak menendangnya tapi bila mama tak sihat dia pun kurang aktif jugak, kesian baby.

Sebenarnya Mas kena cirit birit ni atas kesalahan dan kecuaian diri sendiri jugak. Hari Rabu lepas Mas mengidam nak makan kerang bakar, terus ajak husband pergi makan kat pantai Bagan Lalang. Oleh kerana rasa ngidam tu mengatasi segalanya terus lupa yang Mas memang tak boleh makan kerang. Kalau makan mesti akan kena cirit birit yang teruk. Masa awal mengandung hari tu dah kena jugak sebab makan kerang.

Pastu makan pulak bukannya sikit. Sedap punya pasal, memang banyaklah makan sampai tak ingat dah kesakitan dan akibat yang bakal melanda. Bila dah kena, Ya Allah rasa tak tertanggung dah sakit tu. Husband pun rasa menyesal sangat sebab turutkan kemahuan Mas. Dah siap bagi amaran, lepas ni memang dia tak akan bagi Mas makan kerang. Mana taknya dia pun risau tengok keadaan bininya.

Tapi alhamdullilah, hari ni Mas dah beransur sihat. Dah boleh pergi kerja macam biasa, cuma badan rasa lemah sikit. Mas rasa bersyukur sangat sebab baby pun sihat dan takde apa², hari ni pun dah aktif dia menendang. Apa pun yang terjadi tu Mas akan jadikan pengajaran, lepas ni tak nak ikut sangat nafsu mengidam tu.


11 ulasan:

  1. kita memang tak suka makan kerang, dari dulu lagi..

    BalasPadam
  2. hahaha...len kali beringat ye kak...kang tak pasal jadi teman setia toilet lagi :p

    BalasPadam
  3. akk jgn makan dh lah eh.bahaya lah kak kalau smpai x bermaya.sian akk.heee

    BalasPadam
  4. husband saya mmg tak bagi saya makan kerang.. dan dah lama dah dia berpuasa dari makan kerang.. hehe..

    BalasPadam
  5. ada musim2 kerang ni akan buat kita sakit perut..i pun x pasti musim bila..bulam mengambang kah..apa kah..yg pasti so far x pernah lagi kena mcm ni bila makan kerang..kalau siput yes..selalu jugak..

    BalasPadam
  6. fiza pun same kak..kalau dah rasa nak makan sangat tak ingat effect akan datang..kerang bakar memang sodap!takleh nak tolak..hihi

    pasni akak kene pantang jgn mkn kerang bakar ye..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas....kesian nyer nasib baik x ada apa2 masalah kan...pas ni x boleh la makan kerang tu..:)

    BalasPadam
  8. kerang oh kerang... jgn dehidrate trok

    BalasPadam
  9. :'( nak kerang bakarrr! uaaaa lama tak pekena

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com