Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 12 Julai 2012

Macam² gelagat!

Assalamualaikum...(^ ^)

Memiliki seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki ni memang susah sikit bila nak dapat adik. Si kakak memang dari awal nak adik perempuan sebab dah ada adik lelaki. Si adik pulak sudah tentulah nak adik lelaki sebab nak kawan main bola sepak. 

Mana taknya, hari² pelbagai gelagat mereka bila dok bercerita pasal jantina adiknya. Kadang² sampai bertengkarlah, masing² tak nak mengalah. Adoi, mamanya yang pening kepala!

Kakak mesti akan cakap dekat Arfan..
"Kalau dapat adik lelaki mesti Arfan kena basuh berak kencing dia tiap² hari!" 

Pastu Arfan pulak cakap..
"Kalau adik perempuan kakak yang kena basuh berak kencing dia, Arfan tak nak tolong!"

Macam² kan, kadang² bila dah geram sangat Mas marah jugak. Mas cakap pada mereka tak baik cakap camtu. Tak kira apa pun jantina adik, dia tetap adik kakak dan abang. Kena terima seadanya, sebab yang tentukan jantina bukan kita tapi Allah. Nasib mereka memahami. Tapi biasalah anak², teruja nak dapat adik tu tak dapat dibendung. Jadi kita kenalah pandai cakap dengan mereka.

Harap² bila dah scan jantina nanti, mereka akan gembira walau apa pun jantina adiknya. Jangan ada yang merajuk dan bermasam muka sudahlah, hehehee!

boy or girl?

16 ulasan:

  1. Wahhhh excitednya... Rupa2 Nya macam ni pulak peel anak ae bila nak adik pulak...

    BalasPadam
  2. waaa rajinnya nak tolong mama dia :D hehe...

    BalasPadam
  3. alamak pael mcm ni pun ada...susah gak mcm ni

    BalasPadam
  4. sama la cm akil , dia nak bby boy.. tp kali ni Allah s.w.t nk kasi bby gurl pulak ..

    due bile?

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...masing2 dah teruja sesangat nak dpt adik tu..:)

    BalasPadam
  6. dah berebut plak..x kisah la mana2 kan...mesti seronok kan...

    BalasPadam
  7. abg n kakak baby yang terlebih excited ni..mana mana jantina pun ok dan harap2 baby sehat ^__^

    BalasPadam
  8. kalau tanyakan hubby plak, apa kata dia ?... dah ada sepasang tu,..rezeki Allah nak bg twin plak kot kali ni...:)

    BalasPadam
  9. anak aku yang first ngan 2nd, both perempuan, masa nak dpt yang 3rd, derang dedua nak adik lelaki, bila dah dpt adik lelaki, derang kata gini:
    pas ni x mo la adik lelaki, kitorang nak adik pompuan, abis mainan brg2 kita adik kerjakan wkakakakakkakakkakakaka

    BalasPadam
  10. wah... bukan main ag kakak & abang ye. semua excited! hahaha

    BalasPadam
  11. saya yang baru ada sorang anak pun selalu bergaduh..
    dia cemana pun nak adik perempuan jugak..
    payah betul la..
    tapi ramai yang kata biasanya macam tu la..
    nanti bila dah keluar depa
    ok je...kan>???

    BalasPadam
  12. hehehe comel je gaduh pasal adik hehe

    BalasPadam
  13. Kalau twin laki pompuan baru best kan mas..mn tau rezeki...hehe

    BalasPadam
  14. buat kontest teka jantina baby . haha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com