Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 19 Julai 2012

Persediaan berpuasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Petang ni tengok anak bulan dan malam pengumuman puasa, mungkin esok atau lusa kita akan mula berpuasa. Seronoknya, tak sabar sangat!

Tahun ni pengalaman pertama Mas berpuasa ketika usia kandungan dah mencecah 5 bulan. Bagaimanalah rasanya, cepat lapar ke, larat ke? Masa mengandungkan Atikah dulu ketika bulan puasa jugak. Tapi masa tu usia kandungan baru 6 minggu, jadi rasa lapar dan asyik nak makan kurang lagi. Tapi sekarang bila kandungan dah besar, rasa lapar tu cepat terasa.

Jadi Mas kena betul² bersedia, tak boleh tak sahur. Hari² kena bangun dan makan makanan yang boleh mengenyangkan perut seperti minum susu ke, makan oat ke dan kurma. Semua makanan ni melambatkan rasa lapar. Mas memang tak boleh makan nasi waktu sahur, lagilah cepat lapar.

Kepada kawan² blogger yang mengandung harap dah bersedia untuk berpuasa. Moga Mas dapat puasa penuh tahun ni, Insya Allah.

Selamat berpuasa semua!


9 ulasan:

  1. Selamat Berpuasa Kak Mas,
    Insyaallah dipermudahkan ibadah puasa akak nanti :)

    BalasPadam
  2. selamat menjalani ibadah puasa penuh ye walaupun mengandung...makan kurma jangan miss...sebab kurma beri tenaga yang banyak..sesuai sangat untuk ibu hamil..

    BalasPadam
  3. selamat menyambung kedatangan Ramadhan al-mubarak :) maaf salah silap taw :)

    BalasPadam
  4. selamat berpuasa..
    harap tabah menjalani ibadah puasa dalam keadaan sarat ye.
    besar ganjarannya..

    BalasPadam
  5. insya allah dipermudahkan urusan ibu2 mengandung bila ramadhan..

    BalasPadam
  6. saya sejak awal mengandung dah belatih puasa.takut tak biasa..kan??
    sekarang ni rasanya dah boleh tahan la..
    mintak2 start bulan puasa nanti tak de masalah apa2...

    BalasPadam
  7. masa 1st dlu, mmg x dpt puasa penuh....total puasa 7 hari je. sbb alahan melampau...tiap masa nk muntah...huhuhuuu...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com