Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Julai 2012

Setel jugak baju raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Niat di hati tahun ni nak beli je baju melayu husband dan Arfan, camtu jugak baju kurung Atikah. Maklumlah mama kan membuyung, jadi tak perlulah baju kurung. Jadi minggu lepas pergi survey kat Jusco Taman Equine, ada jualan baju melayu dan baju kurung. Tapi cari punya cari semuanya husband tak berkenan, dia memang cerewet sikit bab memilih baju melayu yang dah siap. Ini tak kena, itu tak kena. Naik pening kepala Mas menengoknya, akhirnya tak beli pun!

Bila tak dapat beli, Mas bagi cadangan suruh tempah je. Jadi cuba tanya pada tailor yang biasa kami tempah baju, nasib baik dia masih terima lagi tempahan. Apa lagi terus kami pergi ke Nilai beli kain buat baju melayu dan baju kurung. Malam tu jugak hantar tempahan dan akan siap pada 16/8 nanti.

Alhamdulillah, selesai jugak urusan baju raya mereka. Untuk Mas hanya beli dress online, sesuailah untuk ibu mengandung kan? Dah sampai pun dress tu hari ni, tak sabar nak cuba.

Gambar raya tahun lepas, tema baju warna merah. Tahun ni, tunggu 1 Syawal!


18 ulasan:

  1. seronoknya bila tengok gambar tu :)

    BalasPadam
  2. wahh..ada lagi tailor ambik tempahan ye kak..best lah..saya beli je kot tahun ni..tak sempat nak cari nak pk tema pun lagi..

    BalasPadam
  3. uihh dah siap dia..kite jgak ler ada kat tailor lg..harap2 sempat ler siap be4 raya..hehe

    BalasPadam
  4. ehh klu aku nak tempah baju melayu utk anak teruna aku tu tailor tu nak amik lg tak??utk baby Ammar jer.. yg aku dgn laki aku beli siap...

    BalasPadam
  5. dni first time nak beraya dengan asben... hehe... tahun lepas bujang.. tahun ni jadi bini orang + mak orang terus :D baju kaler mustard temanya

    BalasPadam
  6. mujur dia nak ambik tempahan lagi..
    kat sini tak de dah..

    sebulan sebelum puasa lagi diorang tak
    ambik tempahan dah..

    mengelabah jugak la masa tu.
    last2 suami kata nak beli ja..
    nasib baik..

    BalasPadam
  7. baju raya saye dh setel gak!
    tgl tudung je xbeli lg..
    huu

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...yer la kalau dah x ada yg berkenan kena juga tempah nasib baik masih diterimakan...:)

    BalasPadam
  9. tailor tu kat mana ? hahaha sy pun nk mencari tailor ni...kuang3

    BalasPadam
  10. wow.. cantik ar gambar satu famili ni

    BalasPadam
  11. salam kenal dari saya :)

    BalasPadam
  12. hi..blog walking here...singgah ler blog sy kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...

    BalasPadam
  13. wahhh kalor apa laa tue kan ...
    btw saya letak blog anda dalam my blog list tau

    BalasPadam
  14. hehe. seronoknya. tak lama lg nak dapat family baru ! :D

    BalasPadam
  15. kak mas beli baju katne? bagi lah link. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com