Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 13 Disember 2012

Senang bersalin

Assalamualaikum...(^ ^)

Ramai yang bertanya apa petua Mas senang bersalin bila baca pengalaman Mas melahirkan Airis. Alhamdulillah, Mas akui memang mudah melahirkan ketiga² anak Mas. Memang tak merasa kesakitan yang lama dan menyeksakan.

Tiga² Mas rasa sakit bersalin.

Anak sulung, Mas sakit jam 3 pagi pastu boleh lagi gerak balik dari Subang Jaya ke Temerloh. Elok sampai depan hospital air ketuban pecah, masuk labor room dah buka 7 cm. Tapi takde rezeki bersalin normal sebab anak songsang, jadi terpaksalah operate.

Anak kedua pulak Mas sakit jam 7 pagi, pukul 11 pergi hospital dah buka 7 cm. Masuk labor room doktor pecahkan air ketuban, pukul 12.30 tengah hari sakit kuat pukul 12.56 tengah hari anak dah lahir. 2 kali teran je, jahit pun tak banyak!

Yang ketiga ni lagi mudah, alhamdulillah. Sakit pukul 2 pagi, pukul 7 pagi air ketuban pecah. Sampai hospital 7.30 pagi dan pukul 8 pagi dah selamat bersalin!

Begitulah pengalaman Mas bersalin, dipermudahkan segalanya! Nak kata ada petua jujur Mas cakap memang tak amalkan apa² petua, Mas cuma banyakkan berjalan masa mengandung dan kuatkan semangat jugak. Mas tak terbawa² sangat rasa tak larat dan lemah badan tu. Kalau ikutkan bila mengandung kita akan cepat rasa letih dan tak larat kan? Tapi jangan ikutkan sangat rasa tu sebab nanti bila nak bersalin kita pun akan rasa tak larat dan tak kuat. Ini memang arwah mak yang pesan.


13 ulasan:

  1. Alhamdulillah senang bersalin... Moga anak2 pun membesar dgn sihat..
    Saya dua kali dah operate...tak da rezeki bsalin normal.

    BalasPadam
  2. Seronok bila dengar orang senang nak bersalin..best kan dah ada 3 anak..:)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum mas...tahniah yer n senang sungguh pengalaman melahirkan tu...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segalanya..^__^

    BalasPadam
  5. saya ni besalin dua2 ada masalah..
    tu yang tiap kali besalin mesti serik.heheh

    BalasPadam
  6. sama mcm sy..aktif sgt masa mengandung.. tiga kali bersalin, alhamdulillah.sumenya mudah..mcm kak mas juga..yg ketiga tu, sakit dua jam je..otw g hospital air ketuban da pecah. smpi gate hospital rasa mcm kepala bb da nk kuar sgt.masuk labour room, midwife trus tarik kepala bb.. mcm mimpi tau

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...tumpang tanye...blog ini sgt cantik..nk tanye siape pembuatnye ye??

    BalasPadam
  8. salam perkenalan
    tahniah dengan kehadiran penyeri yang baru dalam famili awak

    BalasPadam
  9. wak pon tumpang syukur jugak.. aahHks

    BalasPadam
  10. sy follow akak...by the way. congrate!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com