blog wajib baca

  • Sebak Pulak Hati Ni. :( - Hi.. Raya zaman dulu and sekarang tak sama tapi konsep raya nya sama. Konsep nya bila raya lah sanak saudara berkumpul. Kalau nak tunggu hari biasa, jangan...

entri terbaru dan terkini

Khamis, 2 Februari 2012

projek besar!

Assalamualaikum...(^ ^)


syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki yang diberikan! berkat usaha berkorban masa dan tenaga siang dan malam akhirnya memberikan projek besar... tak sia-sia penah lelah husband selama ini mencari rezeki untuk kami sekeluarga! 

alhamdulillah, bisnes mekanik kecil-kecilan husband semakin mendapat sambutan... boleh dikatakan hari-hari ada customer hantar kereta untuk direpair dan servis! memang masa husband agak terhad untuk tumpukan kepada kerja mekanik, maklumlah dia berkerja shift... sehari kerja sehari off! kalau nak fikirkan penat, memang sangat penat... balik dari kerja terus sibuk siapkan kereta-kereta customer! nasib baiklah customer memahami, jadi takdelah mendesak sangat untuk siapkan kereta cepat...

dan yang paling seronok, bila tahun 2012 ni husband dapat projek built in turbo... memang pulangannya agak lumayan, tapi setimpallah dengan kerjanya yang agak rumit! maklumlah nak modified enjin biasa kepada enjin turbo, mesti rumit kan? Mas pun tak pasti sangat camne kerumitannya... dia mekanik jadi dia lebih tau tentang selok belok enjin ni! 

sekarang ni husband dalam proses siapkan built in turbo untuk sebuah kereta wira... dah siap yang ni ada sebuah lagi menanti! murah rezeki husband... lepas ni Mas tak boleh bising-bisinglah pasal porch kereta bersepah dengan barang-barang mekanik dia! semuanya sumber rezeki untuk Mas dan anak-anak...

ada sesiapa berminat nak built in turbo untuk kereta... kalau minat, bolehlah contact nombor pada banner kat atas header Mas tu! 

kenapa tak suka sayur

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

kakak, Arfan, makanlah sayur tu! bagi dapat zat sikit...
tak naklah! tak sedaplah sayur tu, pahit... sayur bayam hijau je kakak ngan Arfan suka!

macam nilah reaksi anak-anak Mas bila disuruh makan sayur... ada je alasannya! tapi nasib baik jugaklah ada sayuran yang mereka suka iaitu bayam hijau... jadi kalau Mas nak mereka makan sayur, masakkan je tumis air bayam hijau... konpem habis sepinggan!

kenapa budak-budak tak suka sayur? boleh dikatakan majoritilah... Mas masa kecil dulu camtulah, tak suka langsung nak makan sayur... kalau dalam nasi goreng ke, bihun ke ada sayur, siap asingkan lagi! mungkin sebab sayur hijau ni agak pahit sikit rasanya, itulah sebab budak-budak tak suka kot?

tapi selain budak-budak, ada jugak orang dewasa yang tak suka sayur... mungkin dah jadi habit sebab dari kecil memang tak suka makan sayur! nasib baiklah Mas masa kecil je tak suka sayur... bila dah besar sayur memang my favourite! rasanya tak complete menu tu tanpa sayur-sayuran...

bagus makan sayur ni... ia kaya dengan serat dan antioksidan yang baik untuk kesihatan! sebab itulah, Mas cuba jugak paksa anak-anak makan sayur... memandangkan ada sayur yang mereka suka, jadi 2 kali seminggu Mas akan sajikan mereka dengan sayur kegemaran tu! at least mereka dapat jugak khasiat sayur tu walaupun bukan setiap hari...

siapa sini tak suka sayur, angkat tangan! kenapa ek??

anak dan internet

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

untung anak-anak zaman sekarang ni... seawal usia yang muda telah didedahkan dengan internet! jangan terkejutlah kalau budak yang baru berusia 5-6 tahun pun dah ada akaun FB... dan ada sesetengah tu lebih cekap menggunakan internet berbanding ibu bapa mereka!

macam anak Mas yang sulung tu pun ada jugak akaun FB... itu pun abah dia yang tolong createkan akaun! jadi senang sikit nak pantau kan? kebanyakan kawan dia di FB tu Mas kenal... Mas hanya bagi dia online 2 kali seminggu je, hari Sabtu dan Ahad! dan masa dia online tu Mas akan pantau... risau jugak takut dia tertengok gambar atau video yang bukan-bukan... FB  ni kan banyak benda-benda camtu!

jadi tak salah sebenarnya kita nak dedahkan anak-anak dengan penggunaan internet... memang ada kebaikannya! sekurang-kurangnya mereka celik IT dan boleh menggunakannya untuk mencari bahan bacaan belajar... tapi harus diingat yang kita perlu memantau aktiviti internet anak-anak ni! bukannya apa, takut nanti mereka layari laman sosial yang bukan-bukan...

yang paling perlu diambil berat ialah jika anak kita mempunyai akaun FB sendiri... seeloknya kita yang ciptakan akaun FB itu untuk anak kita! kalau mereka nak online, mereka perlu minta kebenaran kerana hanya kita yang tahu username dan password akaun tersebut! dengan cara ini kita boleh pantau setiap masa siapa kawan mereka di FB dan apa yang mereka tulis di FB...

pastu hadkan penggunaan internet tu... tetapkan masa yang sesuai untuk mereka melayari internet! janganlah sepanjang hari biarkan mereka online tanpa pengawasan dari kita... dan yang paling penting kita sekat laman sosial yang tak sepatutnya dilayari oleh anak-anak kita!

Rabu, 1 Februari 2012

menu hari wilayah

Assalamualaikum...(^ ^)

syoknya cuti, walaupun sehari! dapatlah mengadap blog lama sikit dan dapatlah luangkan masa ajar anak-anak buat homework dan ulangkaji... dan yang paling penting dapat masak untuk husband dan anak-anak!

jadi Mas nak kongsikan di sini menu hari wilayah ni... ada sambal tumis ikan sardin! first tau Mas beli ikan sardin segar ni, itu pun atas permintaan husband... memang sedaplah bila dimasak sambal tumis, lagi sedap dari ikan sardin dalam tin tu!

pastu ada ayam masak kicap... ini atas permintaan Atikah! katanya dah lama tak makan ayam masak kicap... itu sajalah kegemaran dia, ayam masak kicap dan ayam masak merah... sayur pulak Mas buat tumis air bayam hijau... kalau nak tau sayur bayam ni je yang anak-anak Mas suka makan... kalau sayur lain jangan haraplah!

inilah juadah untuk hari ini... jemput tengok semua! heheheeee


MAS KLIA Flashmob

Assalamualaikum...(^ ^)

inilah pertama kali Mas tonton videa flashmob ni... memang sangat menarik dan seronok! tengok berkali-kali pun tak jemu, rasa nak menari sekali! 

buat pertama kalinya Malaysia Airlines membuat video flashmob ini bagi menyambut ketibaan para penumpang di Arrival Hall pada 14 Januari 2012 yang lalu... video flashmob yang bertemakan "Missing You" selama 10 minit itu terdiri daripada 8 buah lagu yang sangat popular dan menarik dalam 6 jenis bahasa yang berbeza... 

bagi Mas video flashmob ini lain dari yang lain dan sangat menarik... ia mengambarkan kemesraan pihak MAS dalam melayan para penumpangnya! ia merupakan kejutan yang sangat seronok untuk para pengunjung dan pengguna penerbangan mereka... satu tarikan yang terbaik dari MAS!

jom saksikan video flashmob tersebut... boleh nyanyi dan menari bersama!


CNY Photo Contest Petronas

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dah hantar gambar untuk penyertaan CNY Photo Contest anjuran Petronas ni... ini buktinya!


inilah gambar yang Mas pertaruhkan... tajuk untuk gambar ini ialah A Thousand Of Smiles! tajuk ini dipilih kerana gambar ini penuh dengan aura energy yang mengambarkan kegembiraan dan keceriaan dalam menyambut sesuatu perayaan... 

ditambah pula dengan lampu tanglung yang digantung penuh dengan cahaya yang sangat cantik... ini menunjukkan bahawa kita turut berasa gembira dan boleh tersenyum melihat pelbagai tradisi dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam menyambut sesuatu perayaan!

sebab itulah seribu senyuman terpancar di wajah dua wanita yang melihat tanglung tu...heheheee

mudah je kan nak sertai contest ni... kalau berminat klik CNY Photo Contest untuk join!

Selasa, 31 Januari 2012

video promo Chinese New Year dari Petronas

Assalamualaikum...(^ ^)

rasanya masih belum terlambat untuk Mas ucapkan Selamat Tahun Baru Cina! walaupun seminggu telah berlalu tetapi pihak Petronas sudah pastinya akan menyediakan video promo untuk perayaan Tahun Baru Cina 2012... kebiasaannya video promo yang dibuat oleh pihak Petronas mesti menyampaikan mesej yang berguna... 

bagi tahun 2012 ini "Coming Home" menjadi TV Comercial dari Petronas... pengambaran bagi video ini diadakan di beberapa buah negara seperti Malaysia, England, Belgium, China dan India! ia mengisah 6 individu yang berbeza menetap di negara yang berbeza serta mempunyai cara hidup yang berbeza... tetapi mereka tetap tidak lupa pada asal usul dan tradisi hidup yang sebenar!

salah satu kisah yang terdapat dalam video tersebut ialah seorang doktor gigi yang tinggal di kawasan pendalaman India terpaksa menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya melalui Skype... ini menunjukkan walaupun terpisah jauh tetapi hubungan kekeluargaan dan tradisi perayaan itu tetap tidak dilupakan!

jom sama-sama kita saksikan video promo tersebut... memang sangat menarik!


selain daripada video promo tersebut, pihak Petronas jugak telah menjemput pihak media dan juga para blogger ke majlis Pra Tonton Istimewa sempena mempromosikan Kempen Petronas Tahun Baru Cina pada 17 Januari yang lalu... majlis tersebut telah diadakan di Galeri Petronas KLCC dan dirasmikan oleh Pengurus Kanan Petronas, Dato' Mohammad Medan Abdullah... di sini Mas kongsikan beberapa gambar sekitar majlis tersebut!


di samping itu pihak Petronas juga ada menganjurkan CNY Photography Contest... peserta hanya perlu upload gambar yang bertemakan "Reimagining Energy"! contest ini bermula dari 17 Januari hingga 12 Februari 2012... untuk menyertai contest ini boleh ke page CNY Photo Contest

jangan lupa juga untuk like page Petronas untuk mengetahui maklumat lanjut...

kelemahan wanita terhadap rasa dan kehendak

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar sekadar hiasan (dari google)

kenapa selalu dikaitkan wanita dengan insan yang lemah... sebab wanita ni memang ada kelemahan dia! tapi bukanlah lemah dari segi mental dan fizikal... cuma lemah dalam melawan rasa dan kehendak terhadap beberapa perkara! 

sebagai wanita memang Mas akui akan kelemahan ni... kadang-kadang susah nak lawan semua tu! apa dia kelemahan tu, jom kita tengok sama-sama... siapa yang rasa dirinya wanita tu janganlah tak nak mengaku pulak... dah memang ini kelemahan kita! 

kelemahan yang ketara, pantang tengok ada sale... wanita mana tak suka sale, sila angkat tangan! mesti takde kan? haruslah suka, nak pulak sale seperti handbag, kasut, baju dan aksesori... tak kisah berhabis duit demi nak pulun beli! bila duit dah habis baru nak mengeluh... memang susah nak kawal nafsu kalau tengok sale ni, Mas pun sama!

ini pun kelemahan jugak, mudah sangat terpengaruh... maksudnya terpengaruh dengan sikap dan perwatakan orang lain! misalnya tengok orang pakai pakaian mahal-mahal, kita pun nak ikut... padahal kita takde kewangan yang cukup pun nak beli pakaian tu! tapi terpengaruh punya pasal, kita sanggupkan jugak... kadang-kadang Mas terpengaruh jugak, tapi takdelah sampai nak beli... memang tahu diri tak mampu!

lagi satu kelemahan, mudah merajuk tak tentu pasal... ini lebih merujuk pada diri sendirilah! kadang-kadang tu hal yang terjadi takde serius mana pun, tapi nak jugak merajuk... saja nak dapat perhatian lebih dan nak husband pujuk! husband Mas memang lemah kalau bab-bab merajuk ni sebab dia tak suka pujuk... tapi nak buat camne kan, itulah kelemahan wanita!

ada lagi tak? ada lagi sebenarnya tapi ini sajalah yang Mas nak kongsikan... bagi Mas biarlah kita lemah terhadap perkara sebegini daripada kita lemah dalam melawan hawa nafsu yang menjurus ke arah kemaksiatan dan kemungkaran!

Isnin, 30 Januari 2012

ikut cakap anak

Assalamualaikum...(^ ^)


pernah tengok tak mak ayah yang ikut je cakap anak dia 100%... apa yang anak dia suruh, dibuatnya! apa yang anak dia cakap, diikutnya... anaknya marah ke, anaknya mengamuk ke tetap dilayan karenah anak tu! sampai kan semuanya macam ikut telunjuk anak dia je...

Mas pernah tengok orang macam ni... apa yang anak dia cakap pasti dia akan ikut! tak pernah sekali pun dia marah anaknya kalau budak tu buat perangai! pernah sekali Mas tengok anak dia siap pukul kepala ayahnya dan tarik tudung maknya... sebabnya mak ayah dia pergi ambil adik dia dulu kat pengasuh pastu baru ambil dia kat kelas agama! budak tu tak mahu camtu, mesti ambil dia dulu baru ambil adiknya... 

kalau Mas lah, anak camtu memang siaplah kena... bukannya nak pukul dan marah tak tentu pasal! tapi memang patutlah kita marah kan? tak kanlah mak ayah pulak nak ikut cakap dia 100%... macam dia pulak yang lebih besar dan dewasa! mak ayah tu macam orang asing je bagi dia... dahlah budak lagi, baru umur 8 tahun!

kita sebagai mak ayah ni boleh nak ikut cakap dan kehendak anak... tapi biarlah sekali sekala dan atas sebab yang musabab! ada kepentingan dan keperluan kita dengar cakap anak kita tu... tapi kalau setakat nak dengar dia merengek-rengek minta mainan ke, minta itu ini ke, janganlah diturutkan! nanti jadi macam kes kat atas... anak sanggup pukul dan marah mak ayah sesuka hati!

nak sayang anak dan manjakan anak bukan macam tu caranya... biarlah dengan didikan yang penuh kasih sayang dan ada ketegasan di dalamnya!

batuk berpanjangan

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah, memang Mas tak tahan sangat... dah nak genap sebulan batuk! mula dari 1.1.12 sampailah ke hari ni, masih tak baik-baik batuknya... rasanya ubat batuk dah 2-3 botol habis dimakan, tapi tetap camtu gak! nak kata makan tak pantang takdelah sangat... air manis atau ais batu memang Mas tak sentuh pun, hari-hari dok teguk air kosong je! 

mungkin sekarang musim batuk selsema kot... sebab kat ofis Mas ni ramai jugak yang batuk! biasalah cuaca tak menentu, hujan panas setiap hari... sebab tulah kita kena minum air kosong banyak-banyak! pastu elakkan duduk dalam aircond terlalu lama... tapi kalau kat ofis memang Mas tak dapat nak elakkan! memang lebih kurang 8 jam dok dalam aircond...

pastu Mas ni pulak ditambah dengan aircond kereta rosak hari tu... cooling oil bocor! so gas aircond tu lepas bebaslah dalam kereta... taukeh kedai aircond kereta tu cakap memang gas bocor ni boleh sebabkan batuk yang teruk! nasib baiklah kami dapat kesan lebih awal, kalau tidak makin teruk batuknya... boleh jadi batuk kering nanti! taukeh tu pun cakap, gas aircond ni memang bahaya... alhamdulillah sebab tak kena pada anak-anak! 

setakat ni batuk Mas belum baik lagi... paling teruk batuknya bila waktu pagi dan malam! memang senak dada dibuatnya... nampaknya lepas ni kena cuba cara tradisional yang arwah mak ajar dulu... minum air rendaman buah kembang semangkuk! 

memang mujarab! Mas pernah cuba, tapi baru hari ni teringat pasal cara ni...

inilah rupa buah kembang semangkuk... akan kembang bila direndam dalam air

Ahad, 29 Januari 2012

terima kelemahan diri

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar pinjam google

kenapalah aku tak dilahirkan sebagai wanita yang cantik? walaupun aku pandai tapi kalau tak cantik ada ke orang nak pandang aku? 

jangan anggap kelemahan diri itu satu ketidaksempurnaan... semua manusia tak sempurna sepenuhnya dan ada kelemahan diri masing-masing! mungkin kita tak cantik luaran tapi kalau dalaman kita cantik itu satu kelebihan jugak... biasanya kelemahan diri itu akan seimbang dengan kelebihan kita!

terima kelemahan diri seadanya... jangan jadikan kelemahan itu sebagai titik hitam dalam hidup kita! jadikan ia sebagai pendorong untuk kita lebih menghargai kehidupan... kalau kita sempurna segalanya dikhuatiri kita akan riak dan takbur! sebab itulah Allah jadikan kita makhluk yang ada kelemahan dan kelebihan... supaya kita lebih bersyukur dengan hidup ini!

Allah juga tak jadikan kita makhluk yang lemah segala-galanya... takut nanti kita tak boleh terima dan ambil keputusan tak mahu hidup lagi! jadi ciptaan Allah itu dah cukup sempurna... setiap makhluknya ada kelemahan dan kelebihan masing-masing!

terima kelemahan diri sendiri dan jangan keji kelemahan orang lain...

bersyukur dengan kelebihan diri sendiri dan puji kelebihan orang lain...

baru hidup kita seimbang dan kita akan jadi manusia paling SEMPURNA!

Sabtu, 28 Januari 2012

memang kreatif!

Assalamualaikum...(^ ^)


kawan-kawan boleh teka tak apa bendanya ni... heheheeee

Mas pun mula-mula tengok tak tahu apa kebendanya... tapi bila dibelek lama-lama barulah tau apalah yang anak-anak Mas buat! laptop olok-olok rupanya... pandai pulak dia buat, dah macam laptop betul pulak! ini kerja si Atikah lah ni...

begitulah pemikiran anak ni kan? kadang-kadang lebih kreatif dari pemikiran kita... apa yang mereka fikir dan hasilkan adalah pengaruh persekitaran mereka! hari-hari dia dok tengok laptop mamanya dan terus terpikir nak buat laptop olok-olok... tercipta dari daya pemikiran kreatifnya!

jadi jangan kita halang... biarkan mereka dengan kekreatifan yang penuh berimaginasi itu! mana tau bila dah dewasa nanti dia mampu hasilkan satu ciptaan sendiri... walaupun hanya bermula dengan ciptaan yang olok-olok itu! lagi pun perkara beginilah yang boleh mencergaskan daya pemikiran mereka...

memasak ni seronok!

Assalamualaikum...(^ ^)

kalau dulu Mas memang malas sikit memasak... boleh dikatakan tiap-tiap hari beli makanan kat kedai! bukannya tak pandai masak tapi kalau dah malas nak buat camne kan? tapi nasib baiklah husband dan anak-anak tak kisah sangat... tapi Mas pulak rasa bersalah sebab tak masak untuk mereka! huhuhuuuu

tapi sekarang boleh dikatakan tiap-tiap weekend dan hari cuti Mas akan masak... rasa seronok sangat dapat masakkan menu yang pelbagai untuk husband dan anak-anak! bila dah selalu masak kita akan rasa satu kepuasan yang susah nak digambarkan... nak pulak kalau husband dan anak-anak puji masakan kita sedap! 

sebenarnya tak kisahlah kalau kita pandai masak atau tidak... tapi bila kita berjaya hasilkan pelbagai menu untuk santapan orang tersayang, itulah satu keseronokan! 

jadi menu untuk hari ini adalah tumis timun air, daging goreng berlada dan ikan goreng pasti sedap! 


berdikarilah wahai wanita

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

Mas pasti wanita zaman sekarang semuanya dah pandai berdikari... dah pandai lakukan apa saja tanpa minta bantuan dari orang lain, terutamanya lelaki! dah boleh hadapi susah senang sendiri, tanpa perlu simpati dari sesiapa... 

cuma ada juga segelintir wanita yang tidak mahu atau takut untuk berdikari sendiri... bukannya Mas nak cakap sebarangan tapi ianya dari pengalaman sendiri! dulu memang Mas tak pandai nak berdikari sendiri, semuanya harapkan husband... even nak pergi kerja pun husband yang hantarkan! nak pergi sendiri tak boleh sebab masa tu nak drive kereta pun tak pandai...

tapi disebabkan kekangan kerja husband yang tak menentu masa, Mas kena gagahkan diri untuk berdikari sendiri! tak boleh setiap masa nak harapkan husband... Mas kumpul duit gaji dan pergi belajar memandu! dan alhamdulillah sekarang semua Mas dah boleh buat sendiri... memandu sendirian ke kampung pun dah lepas! yang penting husband beri kepercayaan penuh untuk Mas berdikari sendiri...

jadi pada wanita jangan takut untuk berdikari... ia untuk keyakinan diri kita juga! bila kita mampu berdikari dengan mudah kita hadapi sesuatu masalah seorang diri... demi untuk kebaikan juga andai suatu masa nanti tiada suami atau keluarga di sisi untuk bantu kita!

Jumaat, 27 Januari 2012

langit tak selalu cerah

Assalamualaikum...(^ ^)

langit yang cerah pun akan gelap juga

langit tak selalunya cerah... dan kita tak selalunya bertuah! 

ingatlah, sekali kita terlepas dari kesalahan yang kita lakukan tak bermakna kita akan terlepas buat kali kedua... bak kata pepatah " sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga "

jadi kalau kita pernah menipu untuk pertama kali janganlah menipu untuk kali kedua... takut nanti penipuan kedua kita itu dapat dikesan... susah nak terlepas buat kali kedua! sebab itu Mas selalu ingatkan anak-anak, jangan tipu mama! sekali mungkin mama tak tahu, tapi kali kedua jangan harap boleh terlepas...

kita hidup hanya sekali... jadi manfaatkannya! mungkin kita pernah buat silap, dan itu sudah pasti... kerana manusia memang tak lari dari kesilapan... tapi janganlah pula kita nak ulangi kesilapan itu buat kali kedua! sedangkan langit tak selalunya cerah, inikan pula nasib kita! 

jangan ulangi kesilapan lalu!

terkadang kita terlupa

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

kita manusia ni memang tak pernah lepas dari sifat terlupa... dah sebati dalam diri kot? kadang-kadang perkara yang kita lupa tu dianggap remeh tapi sebenarnya ianya penting untuk kita! sepatutnya kita amalkan perkara tu barulah kita tak asyik terlupa je...

bagi Mas ada beberapa perkara yang kita dan Mas sendiri selalu terlupa... sebab jarang dan malas nak diamalkan, betul tak? 

yang paling utama membaca doa... memang selalu kita terlupa nak baca kan? mungkin kita terlupa sebab jarang diamalkan... padahal setiap apa yang kita nak lakukan semuanya ada doa! kalau diamalkan selalu pasti akan jadi habit, jadi susah untuk kita terlupa... jadi mulai hari ini kita cuba baca doa sebelum nak buat sesuatu, walaupun nak masuk ke tandas! Mas pun anak-anak yang selalu ingatkan...heheheee

lagi satu bacaan bismillah... sepatutnya sebelum memulakan sesuatu perkara kita mesti ucap kalimah bismillah! ini supaya apa yang kita dapat lakukan sesuatu dengan sempurna dan dirahmati Allah... tapi disebabkan nak cepat buat sesuatu kita selalu terlupa akan kalimah itu! mulai hari ini kita mulakan sesuatu dengan bismillah ye... sebelum taip entri kat blog tu baca bismillah dulu, pasti idea mencurah-curah!

ini pun kita sering terlupa, ucap kalimah alhamdulillah... seronok sangat dapat berita gembira terus terlupa! mungkin kita sengaja atau tak sengaja... misalnya bulan ni dapat gaji lebih sikit, terlalu gembira sampai terlupa nak ucap alhamdulillah! lepas ni jangan lupa lagi ye...

terkadang memang kita terlupa... tapi cuba amalkan, pasti jadi amalan!

Khamis, 26 Januari 2012

jual untuk kaut untung

Assalamualaikum...(^ ^)

pinjam google
pelajar sekarang untung kan? siap dapat baucer bantuan untuk beli buku lagi... tak perlu susah-susah nak minta duit dekat mak ayah! masa Mas belajar dulu, terkial-kial kumpul duit nak beli buku... memang tak merasa nak beli buku baru, mesti beli buku second hand dari senior... itu jelah yang termampu! kalau tak dapat kumpul duit terpaksalah tunggu duit loan masuk untuk beli buku... 

tapi di sebalik keuntungan itu ada jugak yang bersikap pentingkan diri sendiri... sanggup jual baucer yang diperolehi menerusi internet! dah bagi kemudahan dan kesenangan, jalan salah jugak yang mereka pilih... sepatutnya hargailah pemberian itu, bukan senang nak dapat! cuba fikir pelajar lain yang tak pernah dapat pun bantuan macam ni...

kalau banyak duit sekali pun janganlah ambil jalan mudah... maklumlah kau mampu dan banyak duit! jadi tak perlukan baucer tersebut... kalau tak memerlukan pun, apa salahnya beri kepada kawan yang memerlukan! jangan pulak kaut keuntungan darinya... tak berkat kau belajar nanti!

dah beri kesenangan pun masih tak tau menghargai! apa nak jadi pelajar sekarang... nak kata tak pandai semuanya genius belaka!

apa salahnya beralah

Assalamualaikum...(^ ^)

selingan sat ye... sorilah lambat update! kereta ada masalah tadi...

kebiasaannya dengan orang yang lebih tua kita mesti selalu beralah kan? tak kiralah dalam apa jua keadaan pun... tapi bagaimana pula dengan kes orang yang bodoh sombong? dalam hal yang remeh temeh pun dia tak mahu beralah, walaupun dengan orang yang lebih tua! 

sampai hati ke nak marah orang tua camni?? (gambar pinjam google)

kejadian berlaku di sebuah bank semalam... masa Mas tengah beratur kat mesin cash deposit tiba-tiba ada seorang pakcik ni terus potong barisan orang di depan Mas! tak tahulah kenapa pakcik tu buat macam tu... mungkin dia tak perasan ada orang beratur di belakang atau dia nak cepat... 

tapi situasi yang tak seronok ditengok bila budak ni marah-marah... padahal pakcik tu dah minta maaf! budak ni pulak masih tak boleh terima siap suruh pakcik ni beratur di belakang... pakcik tu terus pergi di belakang Mas! tak sampai  hati pulak tengok, terus suruh dia beratur di depan Mas...

rasanya dalam situasi macam ni tak perlu kita nak marah-marah kan? dia orang tua, jadi tak perlulah berkira sangat... kalau orang muda lainlah, Mas pun marah jugak! lagipun pakcik tu setakat potong barisan je, bukannya dia buat apa-apa pun... memang rasa nak sound tepek je kat budak semalam, tapi kenangkan ramai orang je! pastu malas nak buat kecoh...

ingatlah kawan-kawan, kalau ada orang tua terpotong barisan kita ke, janganlah cepat nak melenting! orang tua biasalah, kadang-kadang dia tak sedar apa yang dilakukan... tak salah kalau kita beralah, dapat pahala lagi! suatu hari nanti kita pun akan tua jugak kan?

Rabu, 25 Januari 2012

saya dan awak [14]

Assalamualaikum...(^ ^)

lama dah tak post entri pasal saya dan awak ni... 

suatu hari saya dan awak berborak pasal isu kahwin sekali lagi selepas pasangan meninggal dunia....

saya : awak, kalau saya mati dulu awak kahwin lain tak?

awak : kenapa tiba-tiba tanya soalan camni...

saya : saja nak tanya! tapi kalau saya mati dulu saya nak awak kahwin lain tau... biar ada orang jaga awak, takdelah awak sunyi nanti...

awak : kalau camtu saya pun cam awak jugaklah! kalau saya mati dulu awak pun kahwin lain jugak ye... nanti takdelah awak sunyi dan asyik teringat kan saya je...

saya : tak naklah! susah saya nak cari suami macam awak...

awak : saya pun tak nak jugaklah! susah nak cari isteri macam awak...

itulah kan, susah kita nak cakap jika sesuatu perkara itu belum terjadi... jadi sayangilah pasangan kita selagi hayatnya ada! jangan asyik nak mengeluh, marah-marah dan minta itu ini je... tak dapat yang dihajati, marah tak tentu hala... pastu merajuk tak tentu pasal! nanti bila dah takde susah nak cari pengganti... 

saya sayang awak

susah ke nak berubah?

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar pinjam google

memang susah kalau kita rasa ianya susah... nak pulak berubah ke arah yang lebih baik dan positif! lagilah susah... tapi kalau keinginan untuk berubah tu kuat dan disertai dengan tekad dan azam, pasti boleh kan? tak susah mana pun sebenarnya...

cuba kadang-kadang kita ni bila berubah selalu hangat-hangat taik ayam... sekejap je berubah nya, pastu kembali semula ke tabiat asal! sebab apa? sebab apa yang kita amalkan tu dah jadi tabiat, dah sebati dengan diri kita... jadi bila nak ubah tabiat tu memanglah susah! 

pastu niat kita nak berubah tu tak betul... berubah sebab nak menunjuk-nunjuk pada orang sekeliling... ya! aku boleh berubah, lihatlah dunia! bila niat tu tak betul maka perubahan tu memang tak kekal lama... sebab kita bukannya benar-benar mahu berubah untuk perbetulkan kesilapan diri tapi sebab nak tunjuk pada orang yang kita boleh berubah... niat tak betul jadi matlamat pun terpesonglah!

satu lagi, jangan berubah disebabkan pengaruh orang lain... memang susah sebab ia bukan ikhlas dari hati kita sendiri! sebagai contoh nak berubah dari tak bertudung kepada bertudung tapi sebab boyfriend yang suruh...  hanya akan bertudung bila jumpa boyfriend sebab dia suka tengok kita bertudung... bila keluar dengan family atau kawan-kawan kita tak bertudung! jadi perubahan macam ni memang tak akan kekal... putus dengan boyfriend nanti terus tak bertudung langsung!

niat, tekad, azam dan semangat perlu untuk kita berubah ke arah kebaikan... dapatkan orang sekeliling seperti keluarga atau sahabat yang boleh memberi dorongan yang positif untuk kita berubah! susah ke payah ke itu tolak tepi, janji niat kita nak berubah kerana Allah!

Selasa, 24 Januari 2012

review filem Bujang Telajak... heheheeee!

Assalamualaikum...(^ ^)

sekadar memenuhi permintaan anak-anak yang sibuk nak tengok cerita ni... mereka memang minat cerita kelakar camni... siap boleh gelak sakan lagi! 

tiga teraju utama filem ini

filem Bujang Telajak ini mengisahkan 3 orang pemuda iaitu Saiful, Johan dan Nabil yang terpikat dengan seorang wanita cantik bernama Puteri... sehingga mereka sanggup menyamar menjadi wanita untuk mengetahui latar belakang Puteri... setelah diselidik akhirnya Saiful mengetahui yang Puteri suka pada lelaki yang kurang upaya... ini kerana Puteri mengagumi ibunya yang sanggup berkahwin dengan ayahnya yang buta! jadi mereka bertiga telah menyamar menjadi orang buta, pekak dan bisu demi menawan hati Puteri... berjayakah mereka dan adakah rahsia penyamaran mereka terbongkar? itu kenalah tonton sendiri di pawagam...

bagi Mas filem ini seperti cerita kelakar yang biasa difilemkan... cuma kekuatannya adalah pada tiga watak utama iaitu Saiful Apek, Johan dan Nabil... lawak mereka yang bersahaja itu memang boleh buat penonton bergelak ketawa! jalan ceritanya agak mendatar dan ringan... sesuailah ditonton oleh para peminat filem komedi! bawak anak-anak yang minat cerita kelakar macam anak Mas memang sesuai... memang sepanjang menonton mereka ketawa tak henti-henti!

kemudian pengarah filem jugak pandai buat suspen pada perakhiran cerita... semua orang yang menonton ingatkan cerita tu dah habis rupanya belum! jadi jangan cepat-cepat bangun dari kerusi tau, tonton hingga penjaga pawagam tu buka pintu... sebab babak-babak terakhir itulah kita boleh tau siapakah menjadi pilihan hati Puteri... 

keseluruhan cerita yang kelakar... boleh buat Mas ketawa! 7/10 bintang untuk Bujang Telajak...

kerana sayang ku turutkan

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar sekadar hiasan (sumber google)

inilah yang terjadi pada orang zaman sekarang... salah dalam menilai kasih sayang! kerana sayang dan cintakan seseorang sanggup lakukan apa saja... apa saja untuk buktikan kasih sayang itu! sehingga sanggup gadaikan maruah dan kehormatan diri... 

tak salah kita mengagungkan kasih sayang dan cinta sesama insan... kerana ia adalah satu perasaan yang lahir dari hati! tapi janganlah kita salah ertikan rasa kasih sayang itu... kita lakukan perkara yang tidak baik dan mencemarkan nilai kasih sayang yang sebenar!

kenapa dengan kekasih orang sanggup lakukan apa saya... apa yang kekasih mahu kita turuti segalanya! buktikan kasih sayang dengan mengadai kehormatan diri... kalau tak ikut takut ditinggalkan, takut kekasih tak sayang kita lagi... sebegitu mudah kita menilai kasih sayang, hanya diganti dengan tubuh badan! 

kenapa dengan ibu bapa kita tak macam tu... kalau betul kita sayangkan ibu bapa kenapa susah kita nak turuti kehendak mereka... susah nak ikut apa yang mereka suruh! melawan cakap mereka lagi adalah... itukah yang dinamakan kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya??

hargailah setiap kasih sayang yang kita miliki... baik pada kekasih atau ibu bapa! biarlah kasih sayang itu ikhlas dari hati dan ikhlas kerana Allah! 

jangan kerana sayang ku turutkan...

Isnin, 23 Januari 2012

salah ke kongsi menu masakan?

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas nak tanya ni, ok tak kalau Mas kongsikan menu masakan dalam blog ni... sebab ada beberapa cik anon yang komen kata Mas ni menunjukkanlah, asyik tunjuk menu masakan je! macam Mas sorang je yang pandai masak katanya... komen cik anon tu memang Mas tak publish pun!

Mas kongsikan menu di sini bukannya nak menunjuk tapi sekadar perkongsian je... manalah tau ada yang teringin nak cuba masak menu tu bila tengok blog Mas... memang Mas tak sertakan resepi sebab semuanya adalah masakan yang simple je! rasanya semua orang tahu dan pandai masak... 

kalau resepi tu nampak luar biasa sikit dan ada yang request resepi barulah Mas akan buat entri khas untuk resepinya... lagipun Mas bukannya pandai masak sangat! masak sekadar untuk kenyangkan perut sendiri dan perut suami serta anak-anak... dan blog ini pun bukan blog masakan!

harap kawan-kawan tak kisah ye Mas berkongsi apa yang Mas masak... lagipun Mas hanya berkongsi bila hari cuti dan hujung minggu je! 

ini menu untuk hari ini... masak lemak kobis + tauhu, ikan siakap sweet and sour dan sambal sardin super special yang direquest oleh anak-anak! maaflah kalau terliur... heheheeee


picnic di Pulau Santap Janda Baik

Assalamualaikum...(^ ^)

selingan dulu ye... maaflah kawan-kawan, semalam tak dapat nak update kisah picnic kami! balik je terus berbungkus dengan selimut! tiba-tiba saja demam... nampak sangat antibodi tak kuat!

so far memang seronok pergi picnic semalam... alhamdulillah cuaca baik dan dapatlah kami berBBQ dan mandi sepuas-puasnya! yang paling seronok anak-anaklah, mandi sampai biru mulut... maklumlah air sungai sangat sejuk! ditambah pula dengan cuaca berangin...

kawasan Pulau Santap ni memang tempat yang seronok untuk berkelah... air sungai dia bersih! di sepanjang tebing sungai juga disediakan pondok yang sangat selesa dan juga tempat untuk berBBQ... pondok yang disedikan disewa dengan harga RM15 hingga RM20... ikut besar mana pondok tu! tempat BBQ pula disewa dengan harga RM3 tapi arang kita kena beli sendiri!

kalau hari cuti memang ramai orang berkelah disitu... kalau nasib tak baik memang tak dapat sewa pondok! terpaksalah bentang tikar kat tepi-tepi tebing tu... memang destinasi berkelah yang best! mungkin sebab tarikan water tubing tu yang membuatkan ramai orang berkelah di sini...

jom layan gambar kami di Pulau Santap!

dengan anak kak long
tenaga pembakar BBQ
tengoklah tu, kusyuk membakar daging
seronok ber 'water tubing'
tengoklah Arfan, sampai buat aksi camni
sibuk melayan anak-anak ber 'water tubing'

Ahad, 22 Januari 2012

picnic lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)


ini sajalah aktiviti yang boleh dilakukan cuti-cuti ni... hari ni pun husband off! dan kebetulan pula adik beradik yang menetap kat area sini pun tak balik kampung, jadi terus ajak mereka pergi picnic... dah lama rasanya Mas tak bersukaria dengan mereka... maklumlah masing-masing sibuk!

destinasi picnic yang menjadi pilihan kami adalah di Pulau Santap, Janda Baik... Mas pernah pergi masa percutian di Janda Baik tahun lepas! bila adik beradik tengok tempat tu macam best jadi mereka terus setuju nak pergi berkelah di sana... 

bila dah pergi ramai-ramai ni jadi senanglah nak bahagikan tugas... tugas Mas kena masak nasi goreng, perap daging untuk buat daging bakar dan beli kerang untuk bakar nanti! kat situ memang ada tempat untuk buat BBQ jadi senang, tak perlu bawa tempat BBQ sendiri... hanya beli arang dan bawa bahan-bahan makanan je!

oklah Mas dah nak siap untuk pergi... tak sabar nak enjoy mandi sungai dan ber 'water tubing' yang Mas tak dapat main masa pergi tahun lepas! kali ni nak main sampai puas... heheheee

nanti Mas update kisah mandi manda kat sana... daaaaa!

Sabtu, 21 Januari 2012

menu hari cuti

Assalamualaikum...(^ ^)

hambarnya blog hari ni... maklumlah cuti lama kan, mesti ramai balik kampung! 

tapi takpe, hambar pun hambarlah... janji Mas dapat kongsikan sesuatu dengan kawan-kawan dalam blog Mas yang tak seberapa ni! rasanya kalau tak update rasa tak seronok pulak... 


macam biasalah, hari ni husband kerja... jadi Mas hanya memerap di rumah! jalankan rutin biasa iaitu masak untuk husband dan anak-anak... memang dapur ni hanya berasap bila waktu husband kerja je! kalau dia off memang keluar jalan-jalan dan makan di luar je...

menu hari ini simple je... ada singgang serani ikan tenggiri, sambal sotong dan ulam-ulaman! singgang serani tu adalah ilham dari blog Chef Mat Gebu... tapi Mas tambah bendi sikit... dan ternyata memang sedap! anak-anak dan husband pun puji... kalau teringin nak cuba boleh tengok resepinya di sini!

review filem The Mysterious Island... pengembaraan yang best!

 Assalamualaikum...(^ ^)

wahhhh... cuti 4 hari hanya duduk di rumah! sudah semestinya tidak... jadi malam semalam ajak husband tengok wayang sebab hari ni terpaksa memerap kat rumah je... husband kerja!

jadi semalam kami pergi menonton filem Journey 2 : The Mysterious Island... 


filem ini adalah kesinambungan dari filem Journey To The Center Of The Earth... pengembaraan bermula apabila Sean Anderson menerima isyarat kecemasan berkod dari sebuah pulau misteri dimana pulau tersebut tidak pernah wujud... ia adalah tempat hidupan pelik, gunung emas, gunung berapi maut dan pelbagai lagi rahsia yang menakjubkan... setelah ayah tiri Sean iaitu Hank membantu dia menyelesaikann kod kecemasan itu sememangnya pulau misteri itu wujud... jadi Sean bercadang untuk pergi ke pulau tersebut untuk mencari datuknya yang dipercayai ada disana! berjayakah Sean dan Hank mencari pulau tersebut dan bagaimanakah pengembaraan mereka di sana, saksikan filem ini di pagawam!

bagi Mas filem ini sangat menarik... pengembaraaan mereka untuk mencari pulau misteri itu sangat mendebarkan! pelbagai perkara yang menarik dan di luar jangkaan berlaku... kita yang menonton pun turut merasa debarannya... pengalaman berada di pulau itu juga telah mengeratkan lagi kasih sayang antara Sean dan Hank yang dahulunya kurang rapat... di situlah eleman kasih sayang dipertontonkan dalam filem ini! 

terdapat jugak elemen kelakar yang sangat mencuit hati di dalam filem ini... rugi kalau tak menontonnya! Mas berikan 9/10 bintang untuk The Mysterious Island...

Jumaat, 20 Januari 2012

cinta dulu cinta sekarang

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar pinjam google

kalau kita tengok memang banyak perbezaan antara cinta dulu dan cinta sekarang... cinta dulu malu-malu tapi cinta sekarang tak tahu malu! mungkin bagi sesetengah orang sekarang, cinta tu umpama dah dapat tiket kebebasanlah... kebebasan untuk keluar berdua-duaan, berpegang tangan malah hinga ke bilik hotel... berkorban untuk cinta sampai body tergadai!

cinta dulu...
kalau nak luahkan rasa kasih sayang takdelah secara terang-terangan... luah dalam surat cinta! hanya kita dan pasangan sahaja yang tahu!
tapi cinta sekarang...
luah dekat youtube... semua orang boleh tengok! takde langsung rasa malu... tapi bila orang dah kutuk dan mengata tau pulak nak malu kan? 

cinta dulu...
panggil saya awak je, tak pun panggil nama... seganlah nak panggil abang ke, sayang ke! 
tapi cinta sekarang...
baru 2 minggu bercinta dah boleh panggil papa dan mama... amboi!!

cinta dulu...
usahkan nak bawa balik ke rumah, nak hantar depan pintu pagar pun dah takut... takut ayah kita tunggu dengan muka bengis dan parang di tangan! kang tak pasal-pasal kena tetak...
tapi cinta sekarang...
berani bawa masuk rumah curi-curi masa mak ayah takde... nauzubillah!!

banyak sebenarnya beza cinta dulu dan sekarang... tapi Mas tulis 3 yang utama ni je! kalau anak-anak remaja sekarang tak terlalu taksub dengan cinta, tidak akan ada kes buang-buang bayi ni... cinta mereka hanya berlandaskan nafsu semata-mata! sepatutnya jadikan cinta itu amanah dari Allah... pelihara dan jaga ia sebaik-baiknya, baru berkekalan!

memang kami takde jodoh!

Assalamualaikum...(^ ^)

erk, apa kes pulak ni... sabar dulu, baca hingga ke titik terakhir ye! huhuhuuu...

selingan dululah... perjalanan ke pejabat hari ini memang sangat mendebarkan! dengan hujan yang super duper lebat, Mas rasa perjalanan nak ke pejabat sangat lama... yang paling mencemaskan bila kereta Mas hampir terpusing 90 darjah kat jalan tadi... air yang bertakung terlalu banyak membuatkan Mas gagal mengawal kereta dengan baik! syukur alhamdulillah, nasib tiada apa yang buruk berlaku... Allah masih sayangkan Mas!

kita berbalik pada kes takde jodoh ni... entahlah nak cakap banyak pun tak tahu camne! sakit hati pun ada, sedih pun ada! tapi mungkin nasib baik tak menyebelahi Mas atau handphone tu ada masalah! ingat tak entri ni... baru beli 2 minggu dah rosak, pastu diganti dengan yang baru pun rosak jugak! 

jadi Mas ambil keputusan dah tak mahu ambil 4S lagi... walaupun kedai tu sanggup ganti lagi dengan yang baru! setelah berbincang panjang semalam, dicampur dengan luahan ketidakpuasan hati... akhirnya Mas terpaksa ambil iphone 4 je! nak ambil jenama lain tak berminatlah pulak... kalau ikut hati nak minta semula je semua duit, tapi husband cakap ambil iphone 4 pun ok... 

entahlah kawan-kawan, Mas rasa memang 4S tu ada masalah! dah 2 buah Mas guna, tetap ada masalah yang sama... masa Mas pakai 3GS dulu selama 2 tahun tak pernah ada problem langsung... taukeh kedai tu pun tak tahu kenapa jadi camni... katanya mungkin sebab 4S ni tak boleh jailbreak, tu yang ada masalah tu! jadi fikir-fikirkanlah pada kawan-kawan yang berniat nak beli iphone 4S! 

tapi ok jugak ambil iphone 4 sebab lebih kurang sama je dengan 4S... harganya pun lebih murah! so taukeh kedai tu pulangkanlah baki duit kat Mas... jadi takdelah rugi sangat! cuma iphone 4 tu ada warna hitam je! terpaksa juga ambil walaupun putih tetap dihati... SEDIH!

hanya tinggal kenangan... uwaaaaaaa!

Khamis, 19 Januari 2012

pergaduhan adik beradik

Assalamualaikum...(^ ^)


bergaduh adik beradik ni memang biasa terjadi... tapi bagaimana pula kalau pergaduhan yang melibatkan kecederaan! seperti yang Mas dengar dalam radio pagi tadi... seorang abang menyimbah adiknya dengan air panas mendidih kerana berang dengan adiknya yang asyik berleter kerana dia malas bekerja... sampai macam tu sekali sikap abang tu! dek kerana leteran dia sanggup mencederakan adiknya...

bukannya tak boleh bergaduh tapi kalau setakat kau marah aku, aku marah kau tu cukuplah... janganlah sampai bertindak drastik sehingga mencederakan, mengugut dan mengaibkan adik beradik tu! bak kata perpatah air dicincang tak akan putus... begitu jugaklah ikatan kita adik beradik! walau kita dendam dan marah macam mana pun dia tetap adik beradik kita!

cuba kawal sikap marah tu dengan bawa berbincang bersama-sama... jangan jadikan kemarahan sebagai punca penyelesaian kepada masalah! jangan ambil sikap sambil lewa... nanti jadi seperti pasangan adik beradik ni! mula-mula bergaduh sampai nak ugut bunuh... pastu bila dah aib dan rasa malu sebab ceritanya tersebar luas terus buat kenyataan dah insaf dan minta maaf! tapi nanti buat lagi... camne tu??

Mas pun pernah jugak bergaduh dengan adik beradik... tapi memang tak pernah lama! hari ni gaduh esok dah baik dah, seolah-olah tiada apa yang terjadi... dan arwah mak pernah cakap...
"korang adik beradik memang susah nak bergaduh lama! sebabnya mak simpan tali pusat korang dalam satu bekas... jadi korang akan sentiasa bersatu dan bersama! gaduh teruk mana pun mesti akan baik semula..." 

mujarab jugak petua mak tu! memang kami adik beradik jarang bergaduh... kalau bergaduh pun mesti akan baik semula! tak pernah gaduh lama-lama sampai tak bertegur sapa... sekarang Mas amalkan untuk anak-anak pulak! 

samalah kita eratkan hubungan adik beradik... mereka adalah darah daging dan ahli keluarga kita! 

putaran hidup

Assalamualaikum...(^ ^)


apa yang ada dalam gambar ni umpama putaran hidup kita... ada langit yang terbentang luas, ada jalan yang menuju ke suatu arah, ada pokok yang masih lebat daunnya dan ada pokok yang sudah tinggal ranting... 

langit yang terbentang luas menggambarkan kehidupan kita yang penuh dengan rezeki dan nikmat... segalanya ada dan segalanya Allah dan sediakan untuk kita! jadi pandai-pandailah kita manfaatkan rezeki dan nikmat itu... yang paling penting jangan lupa bersyukur... nanti lagi luas Allah beri!

jalan yang menuju ke suatu arah mencerminkan perjalanan hidup kita... mana arah tuju hidup kita! walaupun jalan itu berliku tapi kalau kita tempuh dengan semangat dan kesabaran pasti kita sampai ke destinasinya... iman yang kuat di dada juga membantu kita memilih jalan yang betul! tapi kalau kita pilih jalan yang salah pun, masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan... janji kita insaf dan bertaubat!

pokok yang lebat daunnya dan pokok yang sudah tinggal ranting umpama usia kita... semasa muda kita akan nampak cantik! jadi jangan persiakan kecantikan itu... bila sudah tua, kecantikan itu sedikit sebanyak akan hilang... jadi sedarlah itu hanya sementara! seeloknya manfaat usia kita yang berbaki itu dengan beramal dan beribadat...

begitulah hubungan alam dengan putaran kehidupan kita... jadi biarlah hidup kita ini sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah SWT! ingat kita tak selalu berada di atas...

Rabu, 18 Januari 2012

nak minta tolong sekali lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)


lagi sekali Mas mencuba nasib menyertai contest 'Taxi Snap and Win yang dianjurkan oleh webServer.com.my! kali pertama menyertai dulu Mas dah menang hadiah mingguan berupa dua keping tiket wayang... kali ni kalau menang Mas akan dapat ipad2! seronoknya kalau dapat kan?

jadi sekali lagi Mas nak minta jasa baik kawan-kawan di blog untuk like gambar teksi ni... 

klik (link ini) untuk like 

segala jasa baik kawan-kawan Mas kenang selamanya! terima kasih...

wordless wednesday [56]

Assalamualaikum...(^ ^)

sebelum 5S bermula! meriah je dinding tu... heheheee


bila 5S bakal dilaksanakan! semua terpaksa diremove... huhuhuuu


keberkesanan 5S ni tak pasti menjadi ke tak... sangat susah nak dilaksanakan!

wordless wednesday [55]

Assalamualaikum...(^ ^)

kan memang benar, sebab POLITIK semuanya jadi huru hara... adik beradik pun boleh bergaduh sampai ugut nak bunuh!

gambar pinjam sini

Selasa, 17 Januari 2012

check handphone pasangan

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar pinjam google

check handphone suami atau isteri, perlu ke? 

entahlah Mas pun kurang pasti sangat, perlu atau tidak... sebab Mas tak buat pun! cuma ada baik dan buruknya kalau kita buat... janji tidak menimbulkan syak wasangka yang keterlaluan!

baiknya adalah bagi suami/isteri yang suka sms atau jawap call secara sembunyi... cara ni memang sangat meragukan! jadi untuk pastikan tidak berlaku kes curang dan main kayu tiga, better lah check... mana tau dah berpuluh-puluh sms cintan cintun dalam handphone dia!

baiknya juga kalau suami/isteri yang suka layan internet kat handphone... nak layan kat laptop karang takut pasangan nampak pulak apa yang ditengoknya! jadi ambil langkah selamat, layari internet kat handphone... lebih baik kita check handphone dia! entah-entah hari-hari dok tengok laman web lucah... simpang malaikat 44!

buruknya pulak, kita kurang menghormati privacy suami/isteri! manalah tau ada kawan yang meluahkan perasaan tertekan dekat pasangan kita... jadi bila kita selalu sangat check handphone dia tak pasal-pasal kita terbaca rahsia kawan pasangan kita! pastu busy body pulak pi tanya kat pasangan kita... mesti pasangan akan marah sebab privacynya tak dihormati!

ada lagi tak yang buruk? ada... takut menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan! manalah tau masa kita check tu terjumpa sms yang lain sikit... terus kita melenting dan marahkan pasangan! terus kata mereka curang dan ada orang lain... padahal sms tu ada orang tersalah hantar dan pasangan kita terlupa delete! tak ke haru macam ni... kita dah syak yang tak baik!

bagi Mas senang je! saling percaya mempercayai... masing-masing tahu tanggungjawab bagaimana nak jaga hubungan dan hati pasangan! kalau rasa curiga, bawa berbincang... selesai cara baik!

rimaslah orang camni!

Assalamualaikum...(^ ^)

nak baca selingan dulu tak? baca jelah, sebab dah taip... 

sekarang ni kat opis asyik dengar orang koyakkan kertas je! boleh dikatakan aktiviti wajib buat masa ni... Mas pun dah ikut serta, pagi2 lagi dah buat clearance kat bilik ni... penat jugaklah! tapi nak buat camne, KKM sekarang dah melaksanakan 5S... nak tahu apa tu 5S boleh klik sini dan sini

gambar sekadar hiasan, pinjam sini

kenapa kau pakai kasut camni, selesa ke?

kenapa kau pakai tudung warna ni, macam tak sesuai je!

kenapa kau guna handbag camni, tak cantiklah!

adoi... serius Mas rimas bila orang suka bertanya perkara yang remeh camni! terutamanya kawan perempuanlah... nampak kita pakai atau guna benda yang berlainan sikit dengan dia guna, mulalah nak tanya macam-macam... ok tak, berkesan tak, sesuai tak dan beberapa jenis tak lagilah!

pastu cara tanya tu memang menjengkelkan... siap buat mimik muka lagi! kononnya barang yang kita guna tu tak se gah barang yang dia guna... ingat kita guna barang cheap sale ke? lagi pun kita yang guna, jadi kita lebih tahu kesesuaian dan keberkesanan barang itu!

bagi Mas tak perlulah nak banding membanding camni... lagi pun setiap orang ada gaya dan cara dia yang tersendiri! mungkin dia sesuai pakai dan guna barang tersebut, jadi tak perlulah kita pertikaikan... janji apa yang dipakai nampak selesa dan tidak menjolok mata!

setiap orang pakai dan guna ikut keselesaan dan kesesuaian masing-masing...

Isnin, 16 Januari 2012

p.o.l.i.t.i.k

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas bukanlah seorang yang minat politik... bukannya anti politik tapi memang kurang suka bab-bab politik ni! tak mahu dikata fanatik politik pulak nanti... tapi itu tak bermakna Mas tak ambil tahu langsung hal-hal politik! Mas baca jugak akhbar dan tonton jugak di TV, tapi sekadar baca dan tengok je... takdelah terlalu memandang serius hal-hal politik ni! sekadar ambil tahu untuk pengetahuan, takdelah nanti orang kata buta politik pulak... 

cuma Mas tengok terlalu ramai orang yang fanatik politik... oleh kerana anti dengan sesuatu parti mereka sanggup lakukan apa saja! kadang-kadang tu tanpa memikir risiko yang bakal mereka terima... janji mereka dapat perjuangkan parti yang mereka sokong! 

tak salah fanatik sebenarnya... tapi biarlah ke arah yang mendatangkan kebaikan! apa salahnya kita perjuangkan parti yang disokong dengan cara baik... tanpa menghina dan mencemuh parti yang kita tidak suka! bersaing cara baik tu kan lebih sihat dari taktik kotor yang boleh melagakan kedua-dua pihak! menang kalah sesebuah parti adalah adat bertanding dalam politik... jangan terlalu taksub!

Mas ingat lagi dengan arwah abah... dia memang penyokong kuat parti 'bulan'! tapi tak pernah langsung dia nak pengaruh anak-anaknya untuk turut sama menyokong! dia bagi kebebasan pada kami memilih mana-mana parti yang dipercayai... pernah sekali dia cakap pada Mas!
" kamu kakitangan Kerajaan, jadi janganlah ikut parti abah... nanti tak pasal-pasal kamu dapat masalah dengan kerja! abah berjuang ikut kepercayaan abah terhadap parti tu dan kamu berjuang ikut kepercayaan kamu... menang kalah adat bertanding kan? "

tengok!! walaupun terlalu fanatik dengan parti yang disokong tapi tiada pengaruh negatif di situ... masih boleh bersaing secara sihat dan di landasan yang betul... bagi abah semua tu duniawi, bukan boleh bawa mati! jadi dia tak mahu anak-anaknya berjuang untuk politik dengan cara yang salah... 

waktu mengundi kita mengundi... pangkah parti yang kita sokong! kalau keputusan tidak berpihak kepada kita janganlah kecewa... terima dengan hati yang terbuka! 

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com