blog wajib baca

entri terbaru dan terkini

Isnin, 19 Mac 2012

cinta bukannya memiliki

Assalamualaikum...(^ ^)


lamanya dah tak tulis entri tentang cinta-cinta ni... tiba-tiba malam ni teringin nak tulis!

cinta bukannya memiliki kerana cinta dan keinginan untuk memiliki adalah tidak sama... keinginan untuk memiliki menjadikan diri kita seorang yang obsesi... obses terhadap diri yang kita cintai itu sehingga kita tidak boleh menerima seandainya dia tidak menjadi milik kita!

obsesi itu juga membuatkan kita berasa benci saat tidak dapat memiliki... waktu itu kita telah lupa bahawa Allah adalah pemilik segalanya... kerana obses dan perasaan ingin memiliki cinta itu kita tidak dapat menerima qada dan qadar serta segala ketentuan... kita lupa bahawa cinta itu bukan milik kita tetapi milik Allah... Allah mempunyai hak untuk memberi dan hakNya juga untuk mengambil kembali apa yang kita miliki kerana itu adalah milikNya!

ingatlah, cinta itu anugerah dari Allah yang menjadikan kita redha dengan ketentuanNya... seandainya kita redha kita akan sedar bahawa cinta bukan memiliki tetapi satu anugerah... saat kita sedar pasti keindahan cinta itu dapat dirasai... kita akan bersyukur seandainya cinta itu menjadi milik kita yang abadi... dan kita akan pasrah seandainya cinta itu tidak dapat dimiliki!

jadilah insan yang kenal erti cinta, bukannya insan yang obses terhadap cinta!

tak perlu menuding jari

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

Mas ni bukanlah sempurna sangat nak berkata dan nak beri nasihat pasal hal aurat ni... tapi tak salah kan kalau berkongsi pendapat mana yang Mas rasa patut! lagi pun kalau kita nak sampaikan ilmu dan nasihat tak perlu kita ni seorang cendekiawan atau pun cerdik pandai... janji ilmu yang kita sampaikan tu memberi kesan di hati pembaca!

bila sentuh bab aurat ni tak perlulah kita nak menuding jari pada sesiapa... lelaki cakap perempuan tak pandai jaga aurat dan perempuan pun begitu cakap pada lelaki! yang penting pastikan yang kita menjaga aurat dengan sempurna baru kita boleh tegur orang lain... 

cara nak menegur tu pula biarlah betul... janganlah sampai mengaibkan orang! kalau boleh tegurlah cara face to face, itu lebih bagus... janganlah tegur di khalayak ramai sehingga menjatuhkan air muka seseorang... insyallah, kalau betul dengan caranya pasti orang itu akan tergerak hati untuk berubah!

sama juga kita mengajar anak menutup aurat... tak bolehlah kita nak paksa! kita kena pandai menangi hati dia untuk belajar menutup aurat... terangkan pada dia kenapa perlu menutup aurat dan apa kelebihannya... hati anak ni putih bersih, insyallah dia pasti ikut! kalau apa yang kita corakkan tu betul, maka baiklah result yang kita akan dapat...

sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan... amin!

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com