mrs secretary

Khamis, 13 Disember 2012

Senang bersalin

Assalamualaikum...(^ ^)

Ramai yang bertanya apa petua Mas senang bersalin bila baca pengalaman Mas melahirkan Airis. Alhamdulillah, Mas akui memang mudah melahirkan ketiga² anak Mas. Memang tak merasa kesakitan yang lama dan menyeksakan.

Tiga² Mas rasa sakit bersalin.

Anak sulung, Mas sakit jam 3 pagi pastu boleh lagi gerak balik dari Subang Jaya ke Temerloh. Elok sampai depan hospital air ketuban pecah, masuk labor room dah buka 7 cm. Tapi takde rezeki bersalin normal sebab anak songsang, jadi terpaksalah operate.

Anak kedua pulak Mas sakit jam 7 pagi, pukul 11 pergi hospital dah buka 7 cm. Masuk labor room doktor pecahkan air ketuban, pukul 12.30 tengah hari sakit kuat pukul 12.56 tengah hari anak dah lahir. 2 kali teran je, jahit pun tak banyak!

Yang ketiga ni lagi mudah, alhamdulillah. Sakit pukul 2 pagi, pukul 7 pagi air ketuban pecah. Sampai hospital 7.30 pagi dan pukul 8 pagi dah selamat bersalin!

Begitulah pengalaman Mas bersalin, dipermudahkan segalanya! Nak kata ada petua jujur Mas cakap memang tak amalkan apa² petua, Mas cuma banyakkan berjalan masa mengandung dan kuatkan semangat jugak. Mas tak terbawa² sangat rasa tak larat dan lemah badan tu. Kalau ikutkan bila mengandung kita akan cepat rasa letih dan tak larat kan? Tapi jangan ikutkan sangat rasa tu sebab nanti bila nak bersalin kita pun akan rasa tak larat dan tak kuat. Ini memang arwah mak yang pesan.


Jumaat, 7 Disember 2012

Si bunga Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, hari ni genap umur Airis 14 hari. Kejap je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, sedar² nanti Airis dah sebulan.

Tumbesaran Airis sangat memberangsangkan. Selepas baik dari kuning hari tu, dah takde masalah lain. Mas harap² Airis dapat membesar dengan sihat dan aktif. Syukur jugak sebab Mas tak hadapi banyak masalah menjaga Airis, tidur malam pun dia tak banyak meragam. Hanya bangun untuk menyusu sahaja setiap 2 jam sekali, waktu siang pun camtu.

Kakak dan abangnya pun seronok bila adiknya bangun tidur, itulah masanya mereka boleh main² dengan adik. Tapi kalau adiknya tidur lama sikit mulalah dikacaunya. Nak bagi adiknya jaga supaya dapat main, hehehee!

Begitulah mereka sejak ada adik, seronok sangat! Kalau boleh 24 jam nak berkepit dengan adik. Mas dan husband pun rasa gembira sangat, maklumlah dan lama takde anak kecil. Walaupun penat terpaksa bersekang mata setiap malam tapi ianya satu saat yang indah.

Jom tengok gambar² si bunga Airis.






Khamis, 6 Disember 2012

Saat melahirkan Nur Airis Arissa

Assalamualaikum...(^ ^)

I'm back!

Lama benar dah tinggalkan blog, entah ada entah tidak lagi pembaca yang sudi berkunjung. Tapi nak buat camne, semangat berblog makin merundum. Bukan tak sayangkan blog tapi tengah tercari² mood menulis kembali. Alhamdulillah, hari ni mood tu datang kembali, harap² tak hangat² taik ayam!

Mas menulis hari ni untuk berkongsi dengan kawan² pengalaman terindah melahirkan puteri baru Mas. Jom baca kisah saat melahirkan Nur Airis Arissa.


Jam 2 pagi pada 24/11 Mas terjaga dari tidur dan masa tu dah terasa perut sakit. Dalam hati terdetik, dah sampai ke masa nak melahirkan. Mas bangun dan masih mampu menahan sakit sebab ia hanya datang ½ jam sekali. Tapi dalam hati dah risau sebab husband takde kat rumah, dia bekerja.

Tepat jam 3 pagi Mas telefon husband suruh dia balik, risau jugak sebab apa pun boleh berlaku kan? Tapi husband beritahu tak dapat balik sebab hujan lebat waktu tu. Mas paksa jugak dia balik dan suruh pinjam kereta kawan dia, dan hampir jam 4 pagi husband sampai di rumah. Terus dia tanya nak pergi hospital tak? Mas tak mahu lagi sebab sakit belum kerap, jadi kami masuk tidur dulu.

Jam 6.30 pagi Mas tersedar sebab perut rasa sakit, terasa nak buang air besar. Pergi ke tandas dan hajat dilepaskan, kemudian sambung tidur semula. Tiba² dalam tidur tu terdengar bunyi 'pop' dan seluar terasa basah. Ya Allah, air ketuban dah pecah! Terus jerit panggil husband dan saat itu terasa sakit yang teramat sangat, ambik apa yang patut terus gerak pergi ke Hospital Serdang.

Dalam perjalanan ke hospital memang rasa nak bersalin sangat dah, tapi Mas cuba kuatkan semangat dan berdoa supaya sempat sampai ke hospital. Risau jugak terbersalin dalam kereta. Sampai di Dewan Bersalin terus masuk dan nurse suruh baring atas katil, masa tu sakit memang tak boleh ditahan dah. Bila baring terus terasa kepala anak dah nak terkeluar, jerit pada nurse.

Bila nurse datang dia tengok memang dah nampak kepala, dia minta Mas kepit dan jangan teran dulu. Berlari² mereka tolak Mas ke labor room. Sampai di labor room nurse masih suruh Mas kepit dan jangan teran, tapi Mas cakap dah tak boleh. Terus Mas kangkang dan zuppppp lahirlah Nur Airis Arissa, spontan dan sepantas kilat. Tanpa teran, tanpa digunting dan tanpa sempat nurse buat apa².

Alhamdulillah, lega Mas rasa. Dengan mudah dan selamat Mas melahirkan dia. Sangat baik anak mama sebab tak banyak menyusahkan mama. 24 November 2012, tepat jam 8.00 pagi lahirlah Nur Airis Arissa yang beratnya 3.62 kg. Semangat anak mama!

Itulah serba sedikit pengalaman Mas melahirkan, satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan oleh ibu² kan? Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat sangat tapi setelah anak yang dikandung selamat dilahirkan, kesakitan itu lenyap terus. 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com