Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 25 Februari 2013

AEON Member Card

Assalamualaikum...(^ ^)


Minggu lepas ada dapat sms tentang sales AEON Jusco, khas untuk ahli pulak tu. Apa lagi seronoklah nak pergi sebab nak cari baju anak².

Pastu semalam Mas pergi ke AEON Taman Equine. Mas suka pergi Jusco kat situ, selesa dan seronok untuk shopping. Kami sampai kat sana dalam pukul 2.30 petang, isi perut dulu barulah mula shopping. Masuk dalam Jusco terus terjah kat tempat barangan baby, tengok baju dan barang keperluan baby semuanya murah². Pastu ada lagi diskaun 15% untuk ahli. Apa lagi terus sambar baju anak² 3 pasang sorang, beli jugak sedikit barang keperluan baby untuk Airis.

Kemudian kami jalan² kat tempat jual stroller baby. Memang niat nak cari stroller baru untuk Airis sebab stroller yang beli sebelum ni tayarnya dah bengkok kena willy dek abang Arfan. Sekali memang ada best price! Stroller Sweet Cherry yang Mas idamkan pun ada diskaun, terus berkenan dekat satu stroller ni. Harga asal memang mahal tapi bila dah best price dapat RM129, apa lagi teruslah beli dan semestinya warna merah. Nasiblah Airis dapat barang ikut warna kegemaran mama dia.

Memang seronok shopping semalam sebab dapat beli barang untuk anak², untuk diri sendiri dan husband memang tak beli apa² pun. Camtulah kita ibu bapa kan, bila shopping untuk anak² lebih penting. Untuk diri sendiri memang tolak tepi, kalau ada lebih rezeki baru beli.

4 ulasan:

  1. waaaa...offer sana sini sekarang ni kan, masa sesuai untuk membeli belah

    BalasPadam
  2. Hurmmmm... betul tu sis.... skg ni time masih berdua nih. kena shping hbs2an lahhh. Pasni anak2 la pulak kannn. Hiji

    BalasPadam
  3. ada dapat mesej ni tapi cuba buat buat tak nampak huhu..takut tersawan kang..susah en suami ;p

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...sukakan bila ad offer ni kena sediakn duit jer la...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com