terkini dan sensasi

Selasa, 19 Februari 2013

Demi keselesaan

Assalamualaikum...(^ ^)


Beginilah bila dah ada baby.

Ruang tamu terpaksa diubah demi keselesaan dia. Baby ni dari hari ke hari dia makin membesar, bila kita sediakan ruang sebegini senang untuk dia explore mengikut tumbesaran dia. Senang jugak untuk dia belajar mengiring dan meniarap.

Macam Mas bila anak kecik dah nak cecah usia 3 bulan terus ubahsuai ruang tamu. Takde dah sofa untuk duduk, hanya bentang toto. Kalau nak letak sofa pun hanya letak satu, pastu kalau malas nak tidur dalam bilik kat ruang tamu itulah kami berkampung.

Tapi memang selesa bila buat camni, nak pulak bagi Mas yang ruang tamu agak terhad. Kita selesa dan baby pun selesa!

5 ulasan:

  1. Hehehe...orgnye kecik tp ruang nk besar ye baby...
    Sy dulu pun camtu jugak...mula2 sediakan ruang...pastu semua barang2 da kena letak tinggi2...Kalau tak abis semua dicapainya...

    BalasPadam
  2. saya pun sama...masa mula2 balik rumah sendiri pas pantang...mmg tiap2 malam tdo kat luar...bila dah besar sket..baru tdo kat dalam bilik..hehehe..seronok jugak tdo kat ruang tamu...

    BalasPadam
  3. sama la dengan saya..
    sofa kerusi meja semua tolak rapat ke dinding bagi luas sikit ruang tamu.
    lepas tu bentang toto je..
    bagi dia guling2..

    BalasPadam
  4. sama lah mcm umah MIL rara,terbentang je toto.ehehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com