Assalamualaikum...(^ ^)
Sebagai ibu pastinya kita mahu menyusukan anak dengan susu badan selama yang mungkin. Jadi pelbagai jenis supplement yang kita ambik supaya hasil susu sentiasa memuaskan.
Bagi Mas masa anak pertama dan kedua dulu memang tak pernah ambik apa² supplement untuk banyakkan susu, jadi anak² hanya sempat menyusu badan selama 5 bulan je. Untuk Airis ni Mas cuba sedaya upaya untuk beri dia susu badan sepenuhnya. Sekurangnya sehingga umur dia 6 bulan, dan alhamdulillah sehingga umur Airis 3 bulan ni dia masih fully breastfeed.
Inilah milk booster Mas, Virgin Coconut Oil atau VCO. Mas makan VCO ni dah setahun lebih sejak belum hamilkan Airis. Masa mengandung pun Mas tetap makan setiap hari. Bila dah bersalin Mas tetap makan dan ia adalah milk booster yang terbaik. Susu jadi pekat dan lemak berkrim, hehehee!
Mas katakan ia milk booster yang terbaik sebab adik Mas pernah kering susu badan masa anak dia berumur 5 bulan. Jadi Mas suruh dia ambik VCO dan alhamdulilah susu dia kembali banyak. Sehingga kini anak dia dah berumur 9 bulan tapi masih menyusu badan.
Harga VCO ni tak mahal, memang mampu kita beli setiap bulan. Khasiatnya bukan setakat milk booster sahaja tapi pelbagai khasiat lain lagi.
zr pun akan beli leps bby 6bln cz lps tu nk makan Makjun kembali... then makan VCO jgk psl muroh .. suplement now maheiii sgt2
BalasPadamVCO murah ...senang nk amalkan..:)
BalasPadam