mrs secretary

Selasa, 5 Februari 2013

Super momma!

Assalamualaikum...(^ ^)

Jadi seorang ibu menuntut kita melakukan perkara di luar jangkaan demi anak². Apa saja termampu kita cuba lakukan asalkan anak² dapat dijaga dengan baik, nak pulak kalau ada anak kecil.

Masa Atikah dan Arfan berusia 2-3 bulan dulu Mas tak tahu memandu, jadi takde masalah kalau anak menangis nak susu dalam kereta. Dengan senang hati boleh bagi sebab husband yang memandu. Bila ada Airis memang mencabar sikit sebab Mas dah boleh memandu. Jadi bila husband bekerja shif siang, Mas kena ambil Atikah dan Arfan kat sekolah. Masa tu sudah tentu kena bawak Airis sekali.

Airis ni pulak kadang² dia mengamuk jugak bila duduk dalam carseat, jadi kenalah bekalkan susu dalam botol. Bila dia menangis tengah memandu tu kenalah Mas jadi super momma. Sambil memandu sebelah tangan bagi susu kat dia. Fuhhh risau jugak takut tak dapat fokus memandu, tapi kenalah cuba jugak demi anak. Alhamdulillah dapat memandu dengan berhati² dan Airis pun senang hati dapat susu!


6 ulasan:

  1. oh bahayanya cam gitu tapi cam mas kata la kan, dah jadi ibu ni menuntut kita buat something di luar jangkaan..super momma gitu..

    BalasPadam
  2. Super mommaaa. Hihi.. t.care sis. Keselamatan kena jaga yeaaa. Hihi

    BalasPadam
  3. alhamdulillah....Allah ada untuk pelihara akak dan anak2... :)

    BalasPadam
  4. sebab tu ramai kata perempuan ni serba boleh..heheh

    BalasPadam
  5. mama memang superb..semua bende boleh buat kan.

    BalasPadam
  6. wahhh...memang super momma!!!! hehe..salam kenal..follow =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com