terkini dan sensasi

Selasa, 26 Februari 2013

Wajib setiap tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa yang wajibnya?

Atikah, setiap tahun mesti wajib wakili sekolah di perlawanan boling bagi pemilihan untuk ke peringkat zon. Kalau dia menang perlawanan hari ini sudah pastinya dia akan terpilih untuk mewakili sekolah di peringkat zon Sepang, mudah²an dia berjaya!

Dia memang minat main boling sejak dari usia 6 tahun, pada usia tu kepandaian dia bermain boling telah terserlah. Setiap kali Mas pergi latihan dia pasti ikut main sekali, jadi dari situ dia belajar bermain dan semakin mahir.

Dia mula mewakili sekolah sejak dari tahun satu, tahun ni dah kali keempat dia terpilih. Tapi untuk ke peringkat zon dia belum bernasib baik, harapan moga tahun ni ada tuah dia untuk ke peringkat zon.

Sekarang dia tengah beraksi di Pusat Sukan Nilai. Mas tak dapat nak pergi untuk bagi sokongan sebab husband kerja, hanya doa mengiringi dia.

Good Luck Atikah!


6 ulasan:

  1. Wahhh. Bestnyaa.. atlet zaman kecik.. sampai besar laaa ni. Gaya hidup y sihattt ♥♥♥

    BalasPadam
  2. gud luck..moga berjaya..bangga ada anak yang cemerlang ni..

    BalasPadam
  3. gud luck atikah...

    dah lama tak main bowling ni...huhu

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...semoga berjaya yer...;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com