Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 22 Mac 2013

Cerita bergambar [1]

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap Jumaat Mas nak buat entri bergambarlah, Mas tepek 5 gambar dan cerita serba sedikit tentang gambar tu. Kira entri santailah, Mas akan letak gambar² kenangan yang lama² dulu dan jugak gambar terkini. Bukannya apa, bolehlah abadikan sebagai kenangan dalam blog.

1. Masa cuti celebrate anniversary Mas yang ke 10 tahun, kami pergi Cameron Highlands. Tengok Arfan, dia memang suka dekatkan muka dia kat perut Mas masa mengandung dulu. Tak hairanlah ramai orang cakap Airis iras muka dia.



2. Floria 2012. Gagahkan diri jugak pergi masa ni walaupun tak larat, tapi minat bunga punya pasal. Pantang jumpa kerusi mesti nak duduk sebab penat berjalan. Pastu husband pulak sibuk suruh posing nak ambil gambar, jadi layan je. Padahal masa mengandung Mas memang kurang minat bergambar.



3. Masa mula² beli DSLR dulu memang gila outdoor photoshot. Pantang ada kelapangan, mesti ajak husband pergi. Tapi sekarang dah lama tak photoshoot. DSLR tu pun dah lama jugak tak digunakan, ada terbiar kat dalam almari. Dah ada Airis ni teringin pulak nak outdoor photoshoot 5 beranak. 



4. Kami suami isteri memang minat mengumpul jam, pantang ada jam yang berkenan di hati kami terus beli. Setiap kali Mas beli mesti husband beli jugak. Ini jam Titus kesayangan Mas, husband hadiahkan masa birthday. Yang husband pakai tu pun jam Titus jugak, sehati sejiwa kami kan? 



5. Rindunya nak beraksi camni! Bola dan kasut bowling dah berhabuk bawah katil. Atikah pun dah semakin pandai main dari mamanya, takut nanti kalau lawan Mas pulak yang kalah. Lepas Airis dah besar sikit bolehlah beraksi semula,  mantapkan lagi skill yang ada!


8 ulasan:

  1. rasa macam sekejap je dah 10 tahun kan kak mas..moga kasih sayang dan bercinta hingga ke syurga Allah :)

    BalasPadam
  2. DsLR tu jgn biarkan berhabuk..kalau guna pun, rajin2 bersihkan dari habuk. Sayang ooo

    BalasPadam
  3. mesti akak ngan cik abang ada jam kapel kan...=D

    BalasPadam
  4. leoas ni boleh la bawak keluar DSLR tu..baby pun nak bergambar jugak..hehe

    BalasPadam
  5. Happy Family.. Semoga happy forever until jannah.. ;)

    BalasPadam
  6. masa yang panjang,banyak kenangan yang indah.mesti tersenyum sorang2 bile ingat balik (:

    BalasPadam
  7. saya pun perasan yang airis ikut muka arfan ! hehe. rupanya arfan suka ngendeng kat perut mama dia dulu ye. hehe.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com