Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 1 Mac 2013

Ikan bakar di Sabak Awor

Assalamualaikum...(^ ^)


Dah selamat sampai di Muar pada jam 5 petang tadi, check in kat Hotel Pelangi di bandar Muar. Lepak² dalam bilik sambil rehatkan badan, pastu jam 8 malam kami gerak ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Popular kot medan selera ni di Muar sebab masa sampai tadi memang ramai pengunjung. Tapi penat jugaklah pusing² nak cari medan selera ni, maklumlah pertama kali datang.

Malam ni kami makan Ikan Kembung Bakar, Siakap 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung dan Kailan Ikan Masin. Boleh tahan jugak makan di sini, makanan pun sedap dan harga pun berpatutan. Semua sekali kami makan 4 orang campur air hanya RM45, memang berbaloi!

Esok nak makan Mee Bandung Muar pulak.




3 ulasan:

  1. Terbaek..... Mee bandung muo mmg terbaek. Jgn tak cari pula kak mas.

    kopi 434 muo jgn lupa cari juga (tak pasti betul ke tak no tu. Ingat2 lupa)

    BalasPadam
  2. adoi telan ayaq liuq je la tgk gmbr ikan siakap tu :(

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...terbaik!!! mee bandung sedapnya...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com