terkini dan sensasi

Khamis, 28 Mac 2013

Minyak yuyi

Assalamualaikum...(^ ^)


Ada rakan blogger tanya Mas guna minyak yuyi tu, tak panas ke untuk baby. Ini pengalaman Mas gunakan minyak yuyi untuk ketiga² anak Mas. Mas guna minyak yuyi sejak anak pertama lagi, jadi takde apa yang memudaratkan pun. Bila pakai minyak ni anak memang susah nak kena kembung perut, sapu lepas mandi kat perut dan tapak kaki anak pasti dia rasa selasa. Pastu kalau perut dia tak selesa dia pasti akan kentut untuk buang angin.

Minyak yuyi panas?

Bagi Mas tak panas pun. Bila sapu kat perut anak² takde pulak mereka menangis sebab minyak tu panas, mereka rasa selesa je. Janganlah sapu sampai nak habis sebotol, memanglah rasa panas sikit untuk baby. Sapu sikit je janji dia rasa berangin.

Sebenarnya, Mas pun banyak dengar orang cakap cerita yang tak elok pasal minyak yuyi. Tapi Mas tak ambil pusing pun sebab Mas dah guna untuk 3 orang anak Mas, alhamdulillah mereka membesar dengan sihat. Kita jangan pandai nak cakap yang bukan² tentang sesuatu produk tu, guna dulu dan tengok elok atau tidak.

Jadi untuk rakan blogger tu minyak yuyi ni elok, takde pulak rasa panas dan datangkan masalah untuk anak² Mas. Kalau orang lain ada masalah itu Mas tak pasti, jadi kalau percaya gunalah tanpa was²!

7 ulasan:

  1. saya pun guna yuyi sbb bau dia tak memeningkan..so far anak mmg guna yuyi..hehe

    BalasPadam
  2. Tulah saya pun dengar bad things pasal minyak yuyi ni dah jadi cam was2 nak guna padahal minyak ni bagus sangat sebab saya dah guna untuk 2 anak saya...Hmmm

    BalasPadam
  3. Saya dulu pun guna minyak ni pada maisara.tapi sejak baca post sorang doktor pasal minyak ni tak guna la dah..sebab was2 kan...walaupun statusnya belum disahkan,rasa was2 tu tak boleh nk elak.

    BalasPadam
  4. minyak tu saya guna utk keatas diri saya...bau dia sedap

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...pernah dengar tapi x pernah gunakan pun...;)

    BalasPadam
  6. Saya sendiri pun pakai minyak yuyi ni. Bukan kanak2 saja

    BalasPadam
  7. betul tu kak,sy mls nk kesah ngan apa yg org ckp.sy pakai kan kat princess,ok je.pas tu bau dye sedap.sy suka.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com