terkini dan sensasi

Khamis, 7 Mac 2013

Review filem CZ12 : Best dan penuh aksi

Assalamualaikum...(^ ^)


Maaflah ketinggalan keretapi, memang filem CZ12 ni dah lama dah tapi Mas baru dapat tengok. Itu pun langgan kat Astro First. Nak tengok kat wayang memang taklah sebab masa cerita ni keluar Mas baru melahirkan Airis, jadi Mas nak review jugak.

Mas memang peminat setia Jackie Chan. Jadi memang wajib tengok filem dia, walaupun tak dapat tengok di panggung wayang. Lagi pun filem ini adalah filem aksi beliau yang terakhir, lepas ni memang tak dapat tengok dah aksi² kungfu beliau dalam filem.

Sinopsis filem
Filem ini mengisahkan Jackie Chan sebagai pencuri barang² peninggalan sejarah demi mendapatkan duit. Suatu hari mereka diupah untuk mencari 12 kepala gangsa binatang zodiak yang hilang pada zaman perang. Mereka akan diupah 1 juta euro untuk 1 kepala gangsa tersebut. Mula² niat mereka memang nak cari dan dapatkan upah tapi beberapa perkara terjadi, berjayakah mereka?

Kawan² yang belum tengok langgan je kat Astro First atau beli DVD, kat wayang memang dah takde.

Review CZ12
Bagi Mas filem ni memang menarik, aksi² kungfu dan lagak ngeri dari Jackie Chan memang sentiasa terbaik. Walaupun dah berumur beliau tetap bagus dan lagaknya membuatkan kita terpukau. Ada jugak babak kelakar dan mencuit hati, memang puas hati menonton.

Dah keluar DVD nanti memang Mas akan dapatkan. 10 bintang untuk CZ12 dan Jackie Chan!

5 ulasan:

  1. Citer nie best. Nina tgk ahad lepas kt astro best. Hihihihi

    BalasPadam
  2. betul ceritanya penuh aksi dan kelakor.
    paling sayang sekali time jongkong emas jatuh kedalam laut

    banyak tu....rugi rugi

    BalasPadam
  3. cam best je.. hurmm boleh ajak suami gi tengok ni.

    BalasPadam
  4. dah tua dah dia..lepas ni mungkin dia buat filem romantik lak.tak de aksi dah..heheh

    BalasPadam
  5. Fiza tak tengok lagi.=__='..citer uncle jackie memang sentiasa best kan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com