Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 21 Mac 2013

Rezeki Airis

Assalamualaikum...(^ ^)



Sejak Airis lahir, Mas dan husband mula menabung duit syiling. Setiap kali ada lebih duit syiling apabila beli barang dapur mesti masukkan dalam tabung.

Jadi semalam tergerak hati nak kira sebab nak buka akaun SSPN dan akaun Amanah Saham Wawasan 2020 untuk Airis. Kira duit tabung dapat RM200 dan ditambah pulak dengan duit kawan² sedekah masa dia lahir tu ada RM500, jadi dapatlah RM700.

Tapi hanya dapat buka akaun SSPN sahaja, akaun ASW2020 boleh buka bila usia dia 6 bulan nanti. Jadi Mas hanya tambah simpanan dalam akaun ASW kakak dan abang dia. Jadi bolehlah menabung lagi sehingga umur Airis 6 bulan, harap makin bertambah rezeki Airis serta kakak dan abangnya!

11 ulasan:

  1. sy pun suka menabung syilling.. dh banyak kali dah tukar kalau ada request dari mana2 kedai yg asben selalu singgah makan. kadang2 byk sgt malas nak simpan.. suruh je dia pergi tukar.. paling byk tukar rm300.. lain2 tu mcm rm200 100.. 70.. gitu la kalau ada org minta tukar. ikut sempat simpan la. mulanya asben sy suka buang syiling merata rata.. kita tgk 10sen memang mcm takde nilai.. tp kalau hari2 jumpa sini 10 sen sana 20sen.. situ 50sen.. sayang jugak biar sepah camtu. tu la start sy menabung syiling kt umah

    BalasPadam
  2. wah banyak duit akak

    iffah pon ske menabung duit syiling

    BalasPadam
  3. saya pun menabung untuk anak dalam akaun Tabung Haji..

    BalasPadam
  4. saye pon suke kumpul duit syiling! hihi..
    prnh smpan smpai rm200..
    berbaloi baloi

    BalasPadam
  5. Saya geram dgn duit syiling. Sebab tu saya susah nak menabung

    BalasPadam
  6. Masa mikhail lahir tak de sapa bagi duit pun..semua yang datang tengok dia semuanya bawak hadiah .duit memang tak de ..lain dengan Maisara dulu.hadiah langsung tak de,,,duit je banyak dapat sampai bukak akaun.sebab tu mikhail belum ada akaun bank macam kakak.heheh..tak pe la.mikhail kena tunggu raya la..heheh

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah... rezeki anak.. sikit2 lama2 jd bukit :)

    BalasPadam
  8. bgus2.. bermula dr awl .. zr pun bukk akaun akil tabung aji ngn ASD sjak dr 6bln ..

    ni amni nk bukk tabung aji + ASD jgk

    BalasPadam
  9. wah banyaknya duit untuk airis !! hehe. bagus akak menabung macam ni awal2 untuk2 anak2. :) esok saya pun nak buat macam ni jugak ! hehe

    BalasPadam
  10. perancangan masa depan yang bagus..alhamdulillah :)

    BalasPadam
  11. Fiza pun suka kumpul syiling dalam tabung sebab memang tak suka syiling ada dalam purse or bag..hehe..alhamdulillah berkat menabung lama lama jadi banyak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com