Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 29 Mac 2013

Sebar sesuka hati tanpa siasat

Assalamualaikum...(^ ^)


Masyarakat kita ni memang terkenal dengan sikap suka menyebarkan cerita tanpa siasat terlebih dahulu. Bermula dengan seorang kongsi cerita tersebut di laman sosial, yang lain pun terus sibuk nak kongsi. Bukannya nak siasat dulu atau bertanya dulu, janji aku dapat kongsi cerita panas dan sensasi!

Apa kata sebelum kongsi atau sebar tu cari dulu kesahihannya. Memang mula² kita baca cerita tu akan rasa marah dan sakit hati tapi kita kena jugak tahu betul ke tak cerita tersebut. Kalau kita kongsi nanti tiba² semua tu tak benar, kita jugak yang dapat malu sebab sebarkan fitnah.

Cerita sebegini kalau tak benar akan menjatuhkan nama baik sesesorang atau sesebuah organisasi. Tak pasal² orang akan jaja cerita buruk tentang tempat tu gara² cerita tak benar yang kita sebarkan. Macam kes baby kat hospital tu, tak pasal² nama jururawat diburukkan. Pastu baru semalam kes daging kat pasaraya, kesian pihak pasaraya tu dipersalahkan.

Jadi fikir²lah dulu sebelum sebarkan cerita yang kita tidak tahu kesahihannya, boleh jadi fitnah tau!

5 ulasan:

  1. pasal daging tu saya rasa macam kelakar pulak..takj pernah tengok daging biri2 kot..heheh..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...betul tu mama sokong...:)

    BalasPadam
  3. kdg2 org yg membaca tu cpt sgt buat andaian sendiri.hmm pada saya,semua pihak salah.eeeee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com