Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 15 Mac 2013

Sejarah produk penjagaan kulit muka

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak pandai bab jaga kulit Mas pakai produk Nutrimetic, lama jugaklah guna Nutrimetic. Tapi masa tu tak kisah sangat produk sesuai tidak dengan kulit muka, janji pakai. Janji ada produk untuk cuci muka dan krim untuk tepek kat muka.

Pastu bertukar pulak pada produk Olay, mungkin masa tu terpengaruh dengan iklan kat TV. Tapi agak berkesan produk Olay ni, nampak perubahan setelah sebulan pakai. Jadi Mas terus setia dengan Olay. Cuma ada sedikit kekurangan pakai Olay ni, kulit muka jadi kering. Tapi Mas teruskan pakai sebab muka jarang naik jerawat.

Pastu Garnier keluar, sekali lagi terpengaruh dengan iklan. Kononnya nak kulit cerah macam model dalam iklan Garnier. Beli satu set produk Garnier dari pencuci muka sampailah ke dia punya mask, nak kulit cerah punya pasal. Tapi setelah sebulan pakai kulit muka Mas jadi berminyak, terus tak berkenan. Tukar balik pakai Olay.

Sehinggalah kakak Mas syorkan pakai Safi Rania Gold. Mula macam tak yakin nak pakai sebab takut tak berkesan, tapi kakak kata cuba dulu. Jadi beli satu set produk Safi Rania. Pencuci muka, toner, serum, krim siang malam, krim kecantikan dan scrub, semua Mas borong! Alhamdulillah setelah sebulan pakai ramai kawan² cakap muka Mas nampak berseri. Apa lagi suka hati bila orang dah puji, husband pun cakap camtu.

Sekarang dah 2 tahun Mas gunakan Safi Rania Gold ni tanpa was². Memang akan setia dengan Safi Rania sampai bila², pastu seronok sebab kulit muka makin anjal dan takde masalah.

Inilah set Safi Rania Gold Mas dan tepek jugak muka tanpa mekap.



10 ulasan:

  1. same la macam saya sekarang, main pakai je asal selesa hehehe

    BalasPadam
  2. pki ni jg. tp pncuci je. da try sebln lbih. mmg elok.

    BalasPadam
  3. wow! complete set.. Saya tak boleh nak istiqamah lagi pakai the whole set.. Pencuci muka rajin.. eheh..

    BalasPadam
  4. eh eh sama le kite, start pakai produk pun nutrimetic tau .. mmg berthn la jgk pakai rs nye until now jgk la..

    then now pakai safi tp idok la complete set pun ..

    BalasPadam
  5. wow nie betul2 jaga nie

    BalasPadam
  6. safi ni bagus. sy pakai safi biasa je dengan rumpai laut :)
    alhamdulillah amalkan 2 ni mmg berkesan nak jaga kulit. x de masalah sangat

    BalasPadam
  7. jgn terpengaruh dgn iklan kak mas. Kena buang tabiat tu

    BalasPadam
  8. tak pernah cuba produk safi..saya sekarang guna olay..dah 4 tahun guna olay..sebab dah guna lama yang rasa takut nak tukar lain..

    BalasPadam
  9. teringin nk pakai safi balkis leps tgk iklan dulu...tp kulit elya sensitif..tak tahu nk pki product ape dulu. and now minumcollagen tuk repair kulit dulu.

    BalasPadam
  10. wanita semestinye mudah terpengaruh dengan kecantikan.hehehe..tapi kalau dah serasi,xyah nak tukar dah kan..kulit ni xsama..so ade yang serasi ada yang tak..jangan salah pakai sudah.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com