Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 17 April 2013

Genap 10 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam Mas terlupa yang 16 April genap 10 tahun Mas berkhidmat sebagai penjawat awam, jadi kenalah kongsi cerita tu hari ni.

16 April 2003 Mas lapor diri di Kementerian Kesihatan dan ditempatkan di Bahagian Sumber Manusia. Sehingga semalam genap 10 tahun perkhidmatan di bahagian dan kementerian yang sama. Alhamdulillah, Mas masih seronok kerja di situ dan masih serasi dengan bos sekarang. Lagi takde masalah dan ditukarkan, Mas akan tetap setia di KKM ni.

Kalau umur panjang ada 26 tahun lagi perkhidmatan Mas sebagai penjawat awam, lama lagi kan? Kalau kesihatan mengizinkan Mas akan pencen umur 60 tahun. Moga Allah panjangkan umur Mas untuk terus bekerja mencari rezeki untuk anak² dan untuk membantu suami, Insya Allah!

12 ulasan:

  1. Tahniah. Semoga dapat berkhidmat lagi untuk 10 tahun akan datang, pastu boleh buat entri baru lagi =)

    BalasPadam
  2. semoga kesihatan kak mas sntiasa dalam keadaan yang baik..demi menolong suami dan keluarga dalam mencari rezeki..

    psstt...kemas dan cantik meja kak mas ;)

    BalasPadam
  3. wah alhamdulillah tahniah tau sis.saya mmg mnt HR walaupun bljr IT he3...

    hurm di saat saya n org lain ssh nk apply gov,sis dh ada kerja yg kukuh hga pencen in shaa allah.risau kje swasta mcm2 mslh letih huhu.smpi skrg mmg sentiasa apply online n trn naik putrajaya htr resume n form.hrp adalah rzki thn ni doakan saya ye :)

    BalasPadam
  4. tahniah!...masih kokal kek tompek yg samo, memulo lapor diri dolu yo...den dah 13 thn, thn ke 10 btukor ke tompek baru...tompek lamo laie besh!..raso cam nak mintak tukor jo nie...ngeh3!

    BalasPadam
  5. dah 10 thn yerk..tahniah..kita br nak msuk 8 thn...hee

    BalasPadam
  6. pejam celik, pejam celik je kan..

    BalasPadam
  7. lamanya...MQ pun tah bila nak dapat masuk gomen pulak.. bila umur makin meningkat ni, dah tawar hati dah... sebenarnya kecewa sebab asyik tak dapat je ;(

    BalasPadam
  8. saye bru nk masok setaon jagung..
    hikhikhik

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...tahniah2 dah lama tu...:)

    BalasPadam
  10. wah kak ! lama tu 10 tahun !! saya teirngin nya lah nak keja lama macam tu. hehe. tapi bidang saya ni memang tak best nak stay lama2. hihi. boringgg. hehe

    BalasPadam
  11. As-Salam. Wow hebat Mas ...lama tu .... KKM best ... hehehehe

    BalasPadam
  12. rezeki akak disini genap 10 tahun dah..lama tu..selamat berkhidmat di tahun tahun akan datang :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com