mrs secretary

Rabu, 24 April 2013

Kembali bertugas

Assalamualaikum...(^ ^)


3 hari jugak tak update, makin lama makin tak cukup masa nak hadap blog. Lagi pun semalam dah kembali bertugas setelah 5 bulan seronok bercuti, jadi masa sangat mencemburui Mas.

Bila mula kerja akan bermulalah rutin harian seperti biasa, kena bangun seawal 5 pagi. Sebelum tidur kena sediakan beg pam susu, beg baju Airis, iron baju kerja dan siapkan bekal susu untuk Airis di taska. Memang tak menang tangan! Paling awal pun boleh tidur jam 11 malam, pastu esok pukul 5 pagi dah bangun. Pukul 6.15 pagi dah ada atas jalanraya, pukul 7 pagi dah terpacak kat pejabat.

Pastu petang balik jam 4.30. Tapi walaupun balik awal, dekat pukul 6 jugak sampai rumah. Pastu buat itu ini, sedar tak sedar dah jam 10 malam. Padat kan jadual kita sebagai ibu ni, tak kiralah yang bekerja atau surirumah. Kadang² tu tak tahu bila masa rehatnya.

Macam Mas kalau kat pejabat pun kena pandai curi masa nak update blog. Sekarang sibuk dengan kerja lagi, nak pam susu lagi. Waktu makan pun selalu terbabas dari masanya. Tapi nak buat camne, kena cuba buat sebaik mungkin dan atur masa dengan sebaiknya. Janji kerja pejabat dan kerja rumah selesai, anak² dan suami tak terabai.


14 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...selamat bertugas kembali yer...;)

    BalasPadam
  2. ya betul kata mas tu..sibuk memanjang kita sebagai mak nih...

    BalasPadam
  3. busy nya. sangat pack . saya skang masa flexible. kalau kerja kat ofi jgn harap lah nak flexible mcm ni. hehe.

    BalasPadam
  4. amboiiii cuti bersalin ke 5 bulan tu?? heavennya!

    BalasPadam
  5. MQ nanti pun, bile dah bersalin n ada anak kecik balik, mesti kena tune balik time semua...maklumlah dah sedap n selesa sekrang...

    BalasPadam
  6. yer betul... duduk rumah rasa seronok. ialah duk ngan anak2..

    rasa sayang nak g keje..tp kalu dah kita terikat ngan pekerjaan kene la keje kan..

    kalu tidak x cukup pula nak tanggung keluarga..hehehe

    selamat bekerja.. dan selamat menyusukan anak sepenuhnya....

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  7. salam kak mas ;)

    ase kagummnye la ngan ibu berkerjaya, tambh yg ade anak kecik ni..
    alahai..mampu ke saya nak buat smua mcm kak mas buat ni..


    wuwuw.
    rindu akak..

    lamee x jenguk..

    slmt kmbali brtugas kak mas ;D

    BalasPadam
  8. betul la...tambah ada anak kecik memang tak sempat je..tungggu anak besar sikit ok la kot..kan??

    BalasPadam
  9. As-Salam Mas ... perghh seronok ehhh bercuti ... kalau saya dah kira macam menternak bagai benda tu .. hehehe.. apapun selamat kembali bekerja, tentu rasa janggal skit kan?

    BalasPadam
  10. selamat kembali bekerja kak mas..tu lah kan.makin xde mase nak hadap kalau dah mula busy dengan tugasan yang lebih penting.ape2 pun mesti cuba yg terbaik kan :)

    BalasPadam
  11. eh akk dh keje.selamat berkerja kak!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com