Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 15 April 2013

Kunyit dan madu

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang memang musim batuk, selsema dan demam kan? Rata² Mas tengok anak² mereka dijangkiti virus 3 serangkai ni. Di rumah Mas dimulai dengan husband, pastu berjangkit ke Mas. Kemudian Airis dan seterusnya kakak dan abang dia. Tapi alhamdulillah takde demam, cuma batuk dan selsema.

Mas paling tak suka kalau anak² batuk selsema ni, kesian sangat! Kita yang dah dewasa pun rasa tak selesa bila batuk selsema, lagi lah anak². Terutamanya anak sekecil Airis tu. Bukan tau apa², hanya menangis je bila tak selesa.


Nak kurangkan selsema dia Mas cuba petua lama, letak kunyit kat hidung dia. Sebenarnya Mas tak tahu pasal petua ni, bila tengok Ben buat kat anak dia baru Mas tahu. Jadi cuba buat kat Airis, memang mujarab! Lega sikit hidung dia, takdelah tidur bernafas ikut mulut sebab hidung tersumbat.

Nak legakan batuk pulak, Mas bagi dia madu yang dicampur air suam. Bancuh 1 camca kecil madu ngan air suam pastu bagi dia minum dalam 3ml guna picagari. Tiap² malam Mas buat dan alhamdulillah batuk dia berkurangan, kalau tak dah hampir hilang suara. Kakak dan abangnya minum air madu ni, lega sikit batuk mereka. Mereka suka rasa manis madu tu. 

Itulah kan, kadang² petua lama lagi mujarab daripada ubat-ubatan.

10 ulasan:

  1. banyak jugak petua lama yang elok. dan tak berbahaya. tu yang best tu. hehe :)

    BalasPadam
  2. mujarab? saya dah selsema seminggu sampai dapat infection dekat telinga kiri . hmm

    BalasPadam
  3. guno kunyit idop ko, kunyit serbuk tuh...x kuning ko kek idong tuh...semoga copek sombuh si kocik tuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kunyit hidup.. parut sikit pastu letaklah kat hidung baby dlm 5 minit.. mmg kuning hidung dia tp 1-2 hari hilanglah kuning tu..

      Padam
  4. nice entry. boleh cuba petua ni bila demam :)

    BalasPadam
  5. sue pon selaloo buat gitoo kat anak2...

    BalasPadam
  6. wah nanti mesti kuning hidung airis tu, hehe..tapi betul kadang petua lama lagi mujarab kan..

    BalasPadam
  7. akk,mujarap eh.hmm princess x selsema,cuma batuk.sy ritu bg jugak princess minum madu.Alhamdulillah elok.even org kata jgn bg,tp sy bg jugak sikit sbb mmg x sanggup tgk dye batuk.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...betul tu petua org lama2 ni mmg elok...nasib baik airis x usik kunyit tu...:)

    BalasPadam
  9. Tak pernah tahu pun kunyit boleh elokkan selsema ni..bagus jugak ada petua petua ni.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com