terkini dan sensasi

Jumaat, 19 April 2013

Mengundi

Assalamualaikum...(^ ^)


Tinggal beberapa minggu lagi kita akan mengundi untuk PRU13, tahun ni tahun kedua Mas akan mengundi. Entah kenapa setiap kali nak mengundi rasa teruja pulak, hehehee!

Untuk memudahkan keadaan, Mas dah tukar tempat mengundi. Kalau sebelum ni mengundi di Temerloh, jadi tahun ni Mas tukar mengundi di daerah Sepang. Jadi tukar alamat kat IC ke alamat sini, pastu 1 April hari tu baru pergi tukar alamat tempat mengundi di pejabat pos. Memang tahu dah lewat masa tu tapi dengan harapan sempat lagi kot?

Hari isnin lepas Mas semak kat laman web SPR, sekali tengok masih mengundi di Temerloh. Belum tukar lagi rupanya. Terus telefon SPR tanya dan mereka cakap Mas dah lewat tukar sebenarnya, hampa betul. Tapi mereka masih beri harapan dan suruh semak 2-3 hari sebelum mengundi, kalau ada rezeki mungkin tempat mengundi Mas dah ditukarkan!

Harap adalah rezeki sebab husband Mas dah tukar tempat mengundi di Salak ni. Kalau tetap mengundi di Temerloh mungkin Mas tak balik, susah nak balik sebab husband dah mengundi kat sini.

7 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...selamat mengundi yer...:)

    BalasPadam
  2. selamat mengundi...eh, nak tukar tompek mengundi, x semestinyo kono tukar alamat kek IC...poie je SPR bgtau nak tukar tompek mengundi...tp den totap blk mengundi kek SP Kodah haaa...kali ke-3...x sabo!

    BalasPadam
  3. akak ! terima kasih. mak saya tengah pening sbb dia mengundi kat subang jaya. so nak tukar ke sini. hehe. thanks kak for the info ! :D nak bgtau mak saya boleh tukar !

    BalasPadam
  4. Salam sister..
    Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 10% diskaun untuk tudung dan shawl dari HV collection bermula dari 22/4 ~ 30/5/2013. Tawaran ini tertakluk pada terma & syarat. Untuk details, sila baca post di blog ini.

    TQ
    HIJAB VALLEY
    http://hijab-valley.blogspot.com

    BalasPadam
  5. saya pun nak tukar alamat ngundi..susah la nak ngundi lain2 tempat dengan suami...akan datang ingat nak tukar alamat ke kedah..senang sikit..

    BalasPadam
  6. As-Salam ... tahun ni nampak meriah, memang tak sabar nak memangkah ni...dah lama tak pangkah2 orang ...hehehe...

    BalasPadam
  7. eksited jugak nak balik mengundi ni.selamat mengundi kak

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com