mrs secretary

Rabu, 10 April 2013

Perihal taska

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila hantar anak ke taska ni kadang² kita kena redha, apa² perkara kecil yang tak puas hati kena simpan dalam hati. Maklumlah kat taska tu bukan anak kita sorang je kan? Tapi ada jugak perkara yang Mas tak puas hati terutama bab kebersihan anak².

Sekarang Airis tengah selsema, jadi macam biasa hidung dia memang comot dengan hingus. Bila nak ambik dia jam 2 petang memang macam anak takde mak. Comot hingus kat hidung, sampai dah kering. Yang peliknya pengasuh takde masa sangat ke nak lap hingus dia, tisu basah Mas dah bekalkan. Sekurangnya jagalah sikit kebersihan baby kan?

Kadang² masa ambik dia Mas saja cakap kuat², "Alah comot anak mama dengan hingus!" Saja nak bagi pengasuh tu dengar, harap dia faham dan boleh jaga sikit kebersihan baby. Baby ni sensitif, kalau kotor sikit lagi lambat baik sakit dia kan?

Camtulah perihal taska, kena redha dan tawakal. Tapi kalau ada perkara yang benar² buat kita tak puas hati lebih baik suarakan dari memendam rasa. Bincang elok² dengan pihak taska, bukan kita nak lebih² tapi untuk anak kita.

8 ulasan:

  1. comelnya. geram tgk airis pakai baju bunga. tangan dia penuh rasa nak gigit. hehe. yela dulu saya duk taska...memang ramai2 yg duk taska.kadang2 pengasuh tak cukup pun.:/

    BalasPadam
  2. ngeri bila dgr mcm² citer pasai taska...

    http://thequeenoffadli.blogspot.com

    BalasPadam
  3. ank sy, 2 boys 6 n 3yr...so byk gak pglaman ng taska n tadika. mase mula2 dulu...sy bmbg nk komen...tapi bile fikirkn..kiter byr taska tu...mmg dgn duit..n kiter prgi kerja tu pn...sbb nk berikn yg trbaik utk diri anak...so sy pergi juper bos sendiri n bincang baik2..aper yg kita nak diorg buat utk anak kita. Alhamdulillah...lps tu..ader prkembangan positif. Pengalaman saya...selalu jer tgk...budak2 selsema dbiarkan meleleh tanpa dilap, memang tak patut betul.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...betul tu kekadang kesian tengok budak2 tu terbiar jer...;)

    BalasPadam
  5. pihak taska kena adil jaga semua anak anak kan.so takde la complaint dari parents..hygiene tu memang penting sgt takut anak anak dapat penyakit lain pulak nanti.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com