Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 1 April 2013

Sedih sangat!

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas sedih sangat ni kawan², nak mengadu kat sini agar ada yang dapat memahami.

Hari ni hari pertama Mas hantar Airis untuk biasakan diri ke taska. Sebelum hantar tu memang dengan harapan yang Airis tak meragam kat taska dan minum banyak² susu yang Mas bekalkan. Tapi perkara pertama yang Mas dengar masa nak ambik dia pukul 2 tadi ialah "Kak, Airis tak nak menyusu botol, akak tak ajar dia ke?"

Terkejutlah Mas! Padahal sejak dari umur dia 2 bulan, Mas dah ajar menyusu botol dan sejak umur 3 bulan memang dia menyusu botol 100% pada sebelah siang. Malam baru direct feeding. Memang luluh jantung Mas bila pengasuh cakap camtu. Bayangkanlah dari jam 7 pagi sampai jam 2 petang, Airis hanya menyusu 3oz je.

Masa nak ambik dia tadi Mas tengok dia tidur dengan air mata berlinang, Ya Allah sebak jiwa raga Mas kawan². Airmata memang nak mengalir dah tapi Mas tahan. Mungkin dia terlalu ngantuk jadi tertidur jugak dengan perut lapar. Masuk dalam kereta Mas terus panaskan susu dan bagi dia minum, laju gila dia minum dan siap licin 2 botol sekaligus. Memang dia lapar sangat tu, huwaaa sedihnya!

Apa lagi terus sesi soal jawab dengan pengasuh taska. Macam² Mas tanya, bagaimana cara dia kendalikan susu dan cara dia bagi susu kat Airis. Pastu dia cakap dah bagi tapi Airis main² menyusu pastu tolak puting dengan lidah. Nak tak nak Mas terpaksa sedapkan hati, Mas agak Airis tak biasa lagi dengan pengasuh sebab baru hari pertama.

Harap sangat esok Airis dah ok, dalam kereta tadi dah puas pujuk dan cakap dengan dia suruh minum susu banyak esok. Moga dipermudahkan segalanya! "Airis jangan buat mama camni lagi, mama sedih tau. Mama dapat bayangkan camne awak lapar!"

9 ulasan:

  1. mgkin la..dia tak biasa dgn bs. blum tntu lagi dia reject botol kan sbb akak bg dia nk pulak...take time ni..

    BalasPadam
  2. Alahai sedihnya...cepat biasakan diri ya airis..mama nak keje:-)
    Semoga dipermudahkan segala urusan mas sekeluarga:-)

    BalasPadam
  3. sian airis. atau dia nak mama dia je susukan dia. dia nak bau mama dia. walaupun menyusu pakai botol. sian dia, mesti dia lapar sangat. :/ comelnya airis .

    BalasPadam
  4. Mas kita pernah alami situasi macam ni masa hantar anak kedua ke taska... Sedih mmg takleh ckp, tapi mmg amik masa sikit la.. Yelah bila dah hantar ke taska ramai budak pengasuh kena jaga dan pantau. Even dulu hantar zara susu yg dihantar pun mcm tak gerak, sedih sangat.. Amik masa ye mas, lama2 mesti airis ok..

    BalasPadam
  5. Dugaan tu. Baby airis nak mama dia yg beri susu botol tu

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...kesian nyer Airis...yer la mungkin dia x biasa lagi ngan pengasuh tu agaknya...:)

    BalasPadam
  7. dia nak mama dia jugak yang susukan kot..pelan2 Mas..harap2 lama2 dia ok..

    BalasPadam
  8. sedihnya sy baca kak,hmm kak,mayb airis x biasa kot.mcm princess mula2 g taska dulu smpai demam demam.

    BalasPadam
  9. Salam mas,
    kesiannya airis..mas duduk area mana? nnt cuba tanya kan sesiapa yang boleh bantu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com