Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 7 Jun 2013

Resepi bubur nasi

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam Mas ada kongsi pelbagai jenis bubur nasi yang Mas masak untuk Airis, jadi hari ini Mas nak kongsi resepi bubur² tersebut sebab ada ibu² yang mintak. Semua resepi memang Mas buat percubaan sendiri. Mas masak dan rasa, bila rasanya sedap Mas tau Airis pasti sangat suka.

Inilah antara resepi² bubur kegemaran Airis, senang dan mudah untuk disediakan.

Bubur Nasi 1
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Sepotong Lobak Merah (lebih kurang 1½ inci)
Daun Bayam 5 helai (buang urat)
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Bubur Nasi 2
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Kentang 1 biji 
Daun Bayam 5 helai (buang urat)
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Bubur Nasi 3
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Brokoli (lebih kurang 1½ inci)
Buah Lai sepotong
Ikan Bilis (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Bubur Nasi 4
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Kentang 1 biji
Sepotong Epal Merah
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Bubur Nasi 5
Beras 1 genggam (ikut keperluan, kalau nak buat banyak lebihkan)
Sepotong Lobak Merah (lebih kurang 1½ inci)
Kentang 1 biji 
Ikan Bilis 10 ekor (rendam dulu bagi lembut)
Kurma 1 biji (buang biji)

Cara² memasaknya
Sama je untuk setiap bubur² ni. Mula² basuh beras sehingga bersih dan tos. Pastu potong dadu atau potong halus semua bahan² dan masukkan dalam beras tersebut. Letak air sehingga nak penuh periuk dan masak atas api sederhana, masaklah hingga hampir kering sebab takdelah bubur cair sangat masa kisar nanti. Airis memang tak suka bubur cair sangat, kisar sampai betul² hancur.

Mudah sebenarnya nak sediakan bubur² ni, kita kena pandai mix and match bahan²nya. Macam Mas akan pastikan setiap hidangan ada 4 jenis bahan iaitu 2 jenis sayur atau 1 jenis sayur dan 1 jenis buah, sejenis protein (buat masa ni Mas guna ikan bilis dulu) dan 1 jenis pemanis seperti kurma.

Ini sajalah resepi yang dapat Mas kongsikan. Nanti ada lagi resepi baru, cuma Mas belum cuba masak. Dah cuba nanti Mas akan kongsikan kat blog ni.

Selamat mencuba ibu²!

5 ulasan:

  1. selamat memasak mama...seronok masak utk bayi kte..walaupun letih tapi berbaloi2..

    BalasPadam
  2. Saya biasanya kisar je nasik..heheh..lepas tu baru tambah macam2..setakat ni yang paling dia suka bubur nasik + ayam +kentang dan brokoli.
    kalau buah2 pulak dia lebih suka oren dan puree epal.biasanya petang2 baru saya bagi buah2 ni.tak pernah masuk kan sekali dalam bubur nasik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. airis ni tak suka puree diana.. sbb tu kena campur buah dalam bubur dia.. lg sedap campur camtu.. dia suka sgt!

      Padam
  3. memang sedap betul tengok dia makan...kak mas, nnt boleh jadikan blog akak sebagai rujukan utk anak anak saya pulak nnt..hehehe

    abg pun tumpang makan skli maknanyer mmg sedap lah kan :)

    BalasPadam
  4. Akk guna blnder biasa ke...wktu nk blnder tmbah air x...sy xde blnder y baby tu..guna blnder biasa je

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com