Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 30 Julai 2013

Almond London sedap!

Assalamualaikum...(^ ^)

Banyak ke kawan² beli kuih raya? Mas macam biasa setiap tahun mesti tempah kuih yang dah biasa beli dan semestinya sedap, barulah habis makan kan?


Semalam Mas dah terima kuih Almond London yang ditempah. Pertama kali beli dan dihantar khas oleh blogger Eqbal Zack terus ke pejabat Mas, memang penghantaran istimewa! Dapat jumpa depan² dengan Eqbal walaupun sekejap, biasa tengok gambar dalam blog je. Mas memang hormat betul dengan dia sebab sanggup hantar kuih yang dibeli kepada pelanggan, memang terbaik. Untuk pengetahuan semua Almond London tu makcik dekat dengan rumah blogger eqbalzack yang buat.

Lepas berbuka semalam terus tak sabar nak rasa Almond London tu, buka satu balang dan rasa sebiji. Perghhh, memang sedap sangat! Biskutnya ranggup, coklat tak cair dan ada sebiji almond dalam biskut tu. Dah rasa sebiji terus berbiji²lah makan, sedap sangat. Nasib order 3 balang, kalau 1 balang memang tak sempat raya. Memang tak rugi order, berbaloi!

Lepas ni memang wajib tiap² tahun order, hehehee!

5 ulasan:

  1. sedap eks.. hehe.. untung la dpt jumpa blogger fames tuh.. hehe

    BalasPadam
  2. SELAMAT TENGAHARI
    ANUM BR LEPAS HBS EXAM
    SINGGAH SINI LU

    BalasPadam
  3. sedapnyerrr

    Salam ramadhan k.mas :)

    BalasPadam
  4. sy xtau knp skrg ni sy kurang sket dgn almond london.hehe.myb sbb dulu dh suka sgt mkn.skrg ni kureng sket.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...sedapnya kuih tu...;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com